Wednesday 1 October 2014

RADIANCE SIGNATURE daebak!!

fuhhhhhh... lebih setahun aku abaikan blog ni rupanya.. huhuhu

seriously memang takde masa nak hapdate & takde benda yang best pun nak cite.. but now ada benda yang aku nak share so time to spread the story!!

sesapa yang rapat dengan aku memang tau aku agak obses dengan KESIHATAN dan jugak KECANTIKAN.. hehe now we put aside about obsesi kesihatan ku & aku nak cite pasal obsesi KECANTIKAN.

so far memang banyak produk aku dah cuba untuk hilangkan parut-parut jerawat kat muka ni but takde yang betul-betul buat aku puashati. yes parut memang susah nak hilang especially yang berlubang dah bertahun-tahun kan.. understood..

then 4 bulan lepas aku asyik tengok promo tentang RADIANCE SIGNATURE dalam FB. yes mula-mula memang aku macam "eleh... boleh caye ke?" then aku start digging about the product & decide to try sebab dia cakap kesan dia seawal 3 hari gitu! hahaha


lepas 3 hari apa yg aku dapat? haha of course parut belobang aku ni tak hilang!! come on la parut 20 tahun nak hilang dalam masa 3 hari?? unless you go to laser treatment, jangan nak mimpi la bole hilang sepantas itu! be logic sikit yek!

so lepas 3 hari kulit rasa moist dah tak kering sangat. whole body ok bukan muka only. then dari hari ke hari aku bole nampak whole body makin cerah. yes aku happy sangat sebab dalam adik beradik aku la yang paling gelap kulitnya.. hehe tapi idak la pulak putih melepak macam Nora Danish ok!! lagi sekali, be logic! aku cakap MAKIN CERAH, bukan MAKIN PUTIH MELEPAK! hehehe Alhamdulillah..

then aku decide to consume produk ni continuously and Alhamdulillah parut-parut kat muka ni macam dah pudar la sikit. yang parut berlobang tu still ada but getting better. it depends on hormone individually. maybe yang umur dalam 20an tu kesan dia memang cepat but umur macam aku yang dah nak masuk senja ni.. takes time la sikit. but aku sentiasa believe beauty from inside. yes memang banyak produk krim kecantikan yang kata boleh repair skin but aku lebih percaya dengan kaedah pemakanan. kalau dalaman kita ok then it will show outside.

meh aku share sikit pasal produk nih.

► KECANTIKAN:
. Mencerah dan menggebukan kulit seluruh badan.
. Memberikan kulit yang cantik dan sihat.
. Menjadikan kulit glowing secara natural.
. Menghilangkan kulit kusam & tidak bermaya.
. Anti Penuaan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
. Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.
. Menghilangkan sel kulit mati.
. Mengecutkan dan menghilangkan jerawat.
. Menghilangkan jeragat.
. Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat.
. Menghilangkan kesan lebam di bawah mata.
. Meningkatkan kandungan kolagen dalam badan.
. Mengecilkan pori-pori.

► KESIHATAN:
. Anti kanser.
. Menstabilkan tekanan darah.
. Menstabilkan hormon lelaki dan wanita.
. Merawat ekzema.
. Merawat imsonia.
. Merawat resdung.
. Merawat penyakit kencing manis.
. Merawat dan mencegah kanser pa.yu.da.ra.
. Merawat dan mencuci buah pinggang.
. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
. Bertindak sebagai Anti-Body.
. Memberikan tenaga serta merta.
. Memberikan tidur yang nyenyak.
. Merawat keputihan pada alat su.lit wanita.
. Menegang dan menganjalkan pay.u.da.ra.
. Merapatkan alat su.lit wanita yang longgar.
. Merawat rambut gugur dan tidak bermaya.
. Melawaskan pembuangan.
. Meningkatkan daya ingatan.
Serta mempunyai 1001 khasiat lain.

► BENTUK BADAN YANG IDEAL:
. Mengawal berat badan.
. Membuang tok.sin dalam badan.
. Meningkatkan kadar metabolisme badan.
. Memberikan rasa kenyang.
. Mengawal nafsu makan.

Radiance Signature™ juga..
✔ Mengandungi pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan delima.
✔ Dalam bentuk liquid (sachet) yang mudah dibawa.
✔ Boleh diminum oleh ibu yang mengandung, dalam pantang dan menyusu.
✔ Sesuai untuk mereka yang mengidap diabetis dan kencing manis.
✔ Mengandungi ramuan dan kandungan aktif.
✔ 100% natural base.
✔ Tanpa Sapuan.
✔ Tanpa Bahan Terlarang.

JANGAN RISAU Radiance Signature™ juga..
✔ Produk berstatus GMP
✔ Mendapat kelulusan -KKM 120314/03/149
✔ Mendapat Kelulusan -Halal 20140424-164308(PR)
✔ Produk Selamat & Berkesan

Maklumat Saiz Per Hidangan :
► 1 Kotak mengandungi 20 sachet
► 1 sachet 20ml.

Cara Pengambilan:
► Hanya koyak dan minum.
► Hanya perlukan 1-2 sachet 1 hari untuk kesan dan rawatan terbaik.
► 1 sachet di waktu malam sebelum tidur.

Kesan Terbaik:
★ 1 sachet pada waktu pagi sebelum breakfast
★ 1 sachet pada waktu malam sebelum tidur.

Lagi:
★ Untuk kesan yang cepat dan optimum dinasihatkan tidak mengambil kafein & alcohol.
★ Minum air yang banyak.

Proses:
1. Merawat dalaman badan terlebih dahulu sekirannya dalaman badan mempunyai masalah.
2. Merawat dan menggantikan sel kulit mati.
3. Menambah kandungan kolagen dalam badan.
4. Menjadikan kulit cerah dan gebu secara sekata.
* Perubahan setiap orang berbeza.
* Kesan cepat atau lambat bergantung kepada genetik & hormon individu.

sebab aku puas hati dengan produk ni that's why aku start promote to kawan-kawan. selama ni memang aku jarang nak promote barang-barang yang aku pakai but this time trust me seriously worth your money!


Gambar kat atas ni aku pakai Auto mode. selama ni kalo nak selfie mesti pakai Beauty Face mode. haha menyesal pulak dulu asyik selfie pakai Beauty Face mode sebab now aku takde gambar nak compare before & after.. grrrrrrrrrr...

so guys kalo you all nak try PM me direct or SMS/Whatsapp 019-3884379. Kalau yang dekat-dekat area Damansara bole je kalo nak aku deliver terus.

fuhhhh siap jugak 1 entry akhirnya.. hahaha

고맙다!



Sunday 17 February 2013

Anuar Zain 3 Dekad : Muzik, Cinta & Sanubari

gambo from FB Anuar Zain Network
sape kata aku meng 'anaktiri' kan artis Malaysia? hahaha dalam gilanya aku pada muzik K-Pop, Anuar Zain masih TETAP DI HATI tau.. he just ANUAR ZAIN. can't compared or replaced by ANYBODY! I am lucky this time sebab my sis & her friends pun nak pegi konsert ni jugak. sooo.. here's our dating pass!!!! hahaha even yang paling murah & for sure aku nampak AZ besor semut je kan.. takpe la.. janji aku ada dalam stadium tuh!! exciteddddd!!!!!
 
suddenly location tukar ke Stadium Malawati Shah Alam but bagus jugak sebab lagi dekat! sesampainya aku kat stadium, acara wajib adalah posing! dengan hujan yang mula nak renyai-renyai aku sibuk mencari banner AZ ni sebab nak amik gambo. Gambo ngan banner pun jadi la.. huhuhu sebab lambat lagi baru leh masuk, kitaorg pun gi la mencuci mata & tekak kat gerai-gerai kat parking lot tu. orang pun dah makin ramai. hari pun dah makin mendung... aduhhhh nak ujan nih.. 
start je pintu masuk bukak, ujan mula turun. makin lama makin lebat!! kelemahan bagi pihak penganjur adalah tidak memikirkan perkara ini. dari petang memang hujan dah mula renyai-renyai, sepatutnya mereka mula memikirkan alternatif untuk berlindung. ramai yang basah lenjun dan kitaorang akhirnya bersesak-sesak bawah khemah penganjur yang bertugas menjual merchandise AZ. hahaha nasib korang la, sape suh tak sediakan khemah lain! kan? kan?
at last, member adik aku dengan muka comel nya berjaya meminjam payung dari abang hensem katanya... hahaha and kitaorang pun bole la meredah hujan tu beratur nak masuk stadium.
ye... ini lah pemandangan dari seat kitaorang.. huhuhuhu kesian AZ tak nampak aku... kah kah kah.. tepat pukul 9.05 mlm AZ pun keluar dari bawah pentas ala-ala konsert Big Bang tuh... I'm The Lucky One was his first song. Daebak!! Awesomeee!!! Fantaaaassssticc!!! Crowd gila-gila punya menjerit termasuk la aku yek! ohhhhhhh diriku tak dapat di control!!! Seriously... suara dia... arghhhhhhhhhh!!!!! (sila maafkan saya... memang tak dapat dikawal...)
the first gimmick was while he sang Ajari Aku (lagu yang tengah meletup-letup sekarang ni.. padahal masa album dia baru keluar dulu aku dah tergila-gila lagu nih..) tengah-tengah lagu tetiba NORA DANISH keluar dari tengah-tengah pentas.. hooooooooooo!!!! gamat lagi stadium AND!!! HE KISSED HER HANDDDDDD!!!!!! OMG!!! macam tak bole nak tengok!! JEALOUS nyaaaaaaaaa!!! (agak melebih-lebih aku di sini... kih kih kih) but they look nice together.. I hope they will couple & get married gitu.. hik hik hik lepas je abih lagu Ajari Aku terus music video Sempurnakan Aku which is sambungan of Ajari Aku ditayangkan.. nice & romantic video.. love it sooo muchhh... so we're the first one watched the music video before published!! wwaaaahhhhhhh daebak!!!
antara yang mencuri perhatian dalam konsert tu masa AZ nyanyi lagu Cinta Tak Harus Memiliki. 3 special backup vocalist keluar which is Adibah Noor, Dina & Elvira. seriously their voice.... just awesomeeee!!! they really really deserve the standing ovation!!

sebab konsert ni macam menceritakan sejarah 30 tahun dia dalam dunia seni, dia turut nyanyi lagu KAIN PELIKAT. do you remember this song? pada yang umur lebih kurang sebaya aku mesti tau lagu nih! so cute when he sang this song.. AZ end his concert with Lelaki Ini & Teman Terulung but semua orang macam tak puas ati!! dia tak nyanyi pun lagu Sedetik Lebih!! stadium senyap je and sume orang tak begerak pun! then crowd started "WE WANT MORE! WE WANT MORE!" and slowly he get back on stage!!! aweesomeeee!!! i think he already know this will happpen..

AZ: tak nak balik ke semua?? dah pukul berapa ni?
crowd : tak nak!!!!
AZ : hahaha semua takde anak-anak kat rumah??
crowd : takde!!!!

hahaha he so sweet.. then dia tanya lagu apa lagi yang kitaorang nak dengar? macam-macam tajuk la keluar.. dia nyanyi on the spot the song without music. then tiba-tiba ada lak yang cakap LAGU RAYA!! kah kah kah!!! pun dia start nyanyi lagu raya tu! and we all sambung sampai habis.. memang happening!
so finally he end the concert with Sedetik Lebih as everyone wish comes true. sepanjang 2 jam lebih & lebih kurang 20 full song kot dia nyanyi, konsert tu memang best! none other than his awesome voice & charisma that make the concert enjoyable & memorable.

aku dengar dari dulu lagi AZ memang ada problem nak cari penaja. but he & his team struggle to make this happen! why la... 2 juta leh bagi kat orang luar padahal performance tak seberapa... sedih.. sedih..
for me.. walaupun aku suka K-Pop & sanggup beli CD even mahal, I wont put aside the quality singer that we have in Malaysia. I do have their CD okay.. QUALITY SINGER je ya! yang kontroversi & muka je lebih.. sorryyyy!! hahaha


for ANUAR ZAIN, keep up the good work, keep the spirit high. you are the best singer we ever had. Sarang Hae!

Gomapda!

Wednesday 19 December 2012

Ayam Golek Bara Berempah


anda tahu gambar apa kah itu?? sape yang sama species ngan aku? makan ayam hehari pun takpe! haha memang penggemar ayam hardcore lah kiranya.. sangaatttt (tangan di bahu mata ke atas) aku memang penggemar ayam. tapi kalo setakat ayam goreng tak brape cerdik (salut kunyit & garam je) aku tak minat la.. hahaha demanddddd....
so semalam untuk menunjukkan sokongan & memberi semangat pada kawan aku yang baru melantik dirinya sendiri menjadi boss merangkap kuli, aku pun dengan sengaja mengosongkan perut dan menuju ke Bandar Saujana Putra. dia suruh aku datang pukul 2 petang tapi pukul 12 tengah hari aku dah sampai! nasib baik aku sampai awal tau! pukul 2 petang time aku nak balik tu ayam golek tuh dah nak abih! sume dah fully booked! kiranya orang yang lalu lalang & singgah nak beli ayam golek time tu datang ambik bau & telan air liur je la! dasat tul penangan Ayam Golek Bara Berempah!

haaaaaa nampak tuh? selalunya orang lain letak rempah sikit sikit je dalam ayam tu tapi yang ni memang penuh perut ayam dengan rempah! rempah dia memang sedap beb! tak pedas & sedap! menurut kata boss kita nih, resepi rempah ni rahsia keluarga gitewwww... hasil ramuan dari 17 jenis bahan. yang aku nampak & tau aku rasa serai je la kot... haha yang lain lain apa benda nya aku tak tau la sebab aku bukan pandai masak pun. makan & komen pandaiiii!!!!!!!!!!! tapi dengan jujur tulus & telus aku cakap memang ayam ni sedap! (bukan puji sebab dia kawan aku yek!)

kalo datang kat tempat diaorg nih (pakai lori je dulu sebagai permulaan) bole la makan dengan nasik skali. kalo nak bungkus pun bole jugak mintak nasik. kalo setakat nak makan 2 orang baik la korang beli nasik sekali. tak payah susah susah balik umah masak nasik pulak. nanti tak sempat nasik masak, ayam abih dulu.. tak gitu??
pada yang terliur nak cuba bole la datang ke Bandar Saujana Putra. kalo korang ikut PLUS, kuar tol ambik roundabout pukul 9. kalo korang ikut SKVE, kuar tol ambik pukul 3. jalan depan sikit dah nampak lori & banner kat tepi jalan tu. pada yang duk area BSP tu diaorang bole delivery lagik! sebab ayam tu ambik masa lama gak nak masak so kalo korang datang tak betul timing, jangan risau! tak payah tunggu lama lama. tinggal kan alamat & of course duit sekali, dah siap nanti diaorang terus hantar ke depan pintu rumah anda!
kalo korang nak buat majlis pun bole tempah dari diaorang. last week diaorang dah golek 'live' 100 ekor ayam kat kenuri kahwin. untuk permulaan ni cuma bole cover area Selangor, KL, Putrajaya & Negeri Sembilan. kalo nak tengok gambar bole la tengok facebook : Warung Golek Bara
untuk sebarang pertanyaan & tempahan bole la berhubung dengan :
                                En. Zuba : 019-359 2801 / En. Aman : 019-756 2190
lupa lak nak cakap. harga promosi bagi seekor ayam ni RM 18 (sah hingga 31 Disember 2012). start 1 Januari 2013 harga yang telah ditetapkan adalah RM 19 seekor. harga ni kira antara yang murah ye kalo nak compare ngan tempat tempat lain. Kualiti memang bagus. takde la lepas kita abih makan keluar ayat dari mulut " rasa macam ni 19 hengget??" hohohoho InsyaAllah memang korang tak nyesal la beli ayam nih!
aku doakan kawan aku ni berjaya dalam perniagaan ni. apa pun yang kita usahakan, kalo betul niat, doa & cara nya, InsyaAllah rezeki memang Allah dah janji. tinggal kita je yang nak usaha. pada kawan-kawan semua meh la kita sama sama doakan & memberi sokongan pada usaha & keberanian kawan kita nih. 
All the best Zuba & Aman! kalo free aku singgah lagik!
 
Gomapsumnida!

Tuesday 4 December 2012

The Last Blossom

yaaaaaahhhhh!!!! mata pun tak abih sembab lagi nih! aku rasa lepas setengah jam citer ni start, aku pun start nangis.. syahdu betul.. nasib baik aku tengok sorang-sorang so meleleh-leleh air mata pun biar je la. kalo ada orang lain tengok sekali kena cover-cover sket nangis tu. huhuhu
semua orang ada mak tak kira mak kita suri rumah atau bekerja. kadang-kadang kita rasa kita penat sangat or banyak masalah kat tempat kerja tapi kita pikir tak penat mak kita jugak walaupun dia duk umah je? penah tak kita balik umah & tolong mak buat keje? ataupun kita balik umah, makan makanan yang mak sediakan pastu terus tido? bila mak tanya sesuatu, kita cuma jawab sekali lalu tak pandang pun muka dia. macam penat tahap dewa la konon.. penah?
In Hee, isteri kepada Doktor Cheol seorang suri rumah yang mempunyai 2 orang anak (Yeon Soo - perempuan & Jung Soo - lelaki). mak Doktor Cheol menghidap Alzheimer pun tinggal dengan diaorang. semua orang tau menjaga orang yang dah nyanyuk bukan lah benda senang tapi In Hee tetap jaga mak mertua dia first class.
Doktor Cheol sibuk sangat dengan career & tak ambil berat sangat pasal In Hee. bila In Hee mengadu sakit dia cuma suruh gi farmasi beli ubat je. Yeon Soo pulak sibuk dengan kerja & boyfriend dia. Jung Soo baru nak masuk kolej pun sibuk ngan girlfriend & enjoy. masing-masing buat hal sendiri & take for granted apa yang In Hee korbankan.
one day In Hee gi hospital buat check up & masa tu baru tau dia ada Kanser Serviks dah tahap kritikal. Doktor Cheol tak boleh terima & paksa kawan-kawan dia operate buang kanser tu. tapi memang dah tak bole buat apa so tunggu masa je la.. baru la Doktor Cheol menyesal sebab tak pedulikan wife dia selama ni.
bila semua orang tau In Hee dah tak lama hidup & tau jugak selama ni semua orang bergantung pada dia, masing-masing mula bersedia untuk hidup tanpa dia. In Hee mula tulis panduan untuk husband & anak-anak dia especially how to control mak mertua dia yang sakit tu. so even dia dah takde, semua orang akan rasa dia ada bila refer semua panduan yang dia tulis tu.
citer ni kita boleh tengok how penat nya mak buat semua keje kat umah. and how kecewa nya mak bila husband & anak-anak buat hal masing-masing macam apa yang dia buat kat umah tu tak penting. rasa-rasanya kita take mak kita for granted tak? tak kira la sapa pun kita sayang, jangan malu & ego nak mengaku. "sometimes it's too late to show your love" bak kata cite nih. so jangan menyesal kemudian.. spread the love guys!!!
yeeeaaahhhhh!! sebab utama aku beli citer ni?? Ryu Deok Hwan!! i miss him sooooo much!!!! lepas The Great Doctor, dah takde cite dia kat tv so aku pun gi la cari DVD cite-cite yang dia blakon sebelum TGD tu. ada lagi satu cite dia aku beli. The Quiz Show Scandal, tapi tak best sangat so aku pun tak nak la recommend kat korang. tengah cari lagi satu citer thriller dia tapi tak jumpa. kena order online jugak kah?
he can change from childish to matured character but he still cuteeeeeeeeeeeeee!!!!! enjoy this cute face guys!!
 
for those yang nak tgk trailer cite ni & cite lain yang Deok Hwan blakon, bole click kat link bawah nih. enjoice!!!
 
all picture from Asianwiki.com & Google Image.
gomapsumnida!!

Sunday 18 November 2012

the bachelor's vegetable store

drama ni based on true story. banyak kali gak aku nangis nengok cite ni. mengisahkan Tae Yang & Tae In adik beradik yatim piatu yang tinggal ngan nenek yang dah tua. as abang, Tae Yang cukup berani, gigih & tak malu buat apa kerja pun untuk tolong nenek & dapatkan duit untuk kehidupan diaorang bertiga. Jin Shim anak yatim piatu yang tinggal kat umah anak-anak yatim adalah kawan baik Tae Yang & selalu sama-sama tolong Tae Yang cari duit. both of them selalu kena ejek kat sekolah sebab miskin. Ga On adalah anak tunggal sorang makcik kaya yang bersembunyi tinggal kat kampung tu. dia kawan baik Jin Shim. satu hari Ga On mati terjatuh kat tempat fun fair masa tengah tunggu Jin Shim. Tae Yang dipersalahkan sebab tak bagitau Jin Shim, Ga On tengah tunggu kat funfair. at the same time rupa-rupanya mak Ga On dah janji ngan bapak Ga On nak bawak Ga On tinggal ngan bapak dia balik as one happy family gitu..
disebabkan mak Ga On tak dapat menerima kenyataan anak dia dah mati, dia pun nak bunuh diri. Jin Shim selamatkan dia & janji untuk sentiasa ada bersama dia. then mak Ga On ni pun nekad tak bagitau husband dia yang Ga On dah mati. dia suruh Jin Shim replace tempat Ga On. Jin Shim ni pun sebab tak penah ada mak & rasa terhutang budi ngan Ga On, terima untuk jadi Ga On.
Ga On, Jin Shim, Tae Yang & Tae In
tapi mak Ga On ni dendam ngan Tae Yang sebab bagi dia Tae Yang yang bunuh Ga On. so dia bagi syarat kat Jin Shim jangan kawan trus ngan Tae Yang. dengan nekadnya mak Ga On ubah terus penampilan Jin Shim & buat tatu tanda lahir Ga On kat tangan Jin Shim sebab tanda lahir tu yang bapak dia ingat lagi. Jin Shim pun dengan rasa terpaksa ikut kehendak mak Ga On & tak cerita apa-apa langsung pada Tae Yang. sampai hari dia tinggalkan kampung tu pun dia tak bagitau Tae Yang. dia cuma jumpa Tae Yang sebelum pergi & Tae Yang pun tak expect apa-apa. Kesian Tae Yang. so mulai hari tu, Jin Shim terus jadi Ga On & tinggalkan Tae Yang kat kampung yang tak tau apa-apa.
setelah berpuluh tahun, takdir temukan diaorang balik secara tak sengaja. Tae Yang tetap dengan impian nak bukak gerai sayur-sayuran & melalui banyak cabaran. tapi dia jadi semakin tabah & tak malu sebab nak capai impian dia. Jin Shim pulak hidup dalam keadaan terkongkong sebab terikat dengan mak Ga On. dia belajar kerja dari bawah sebab sedar dia bukan anak sebenar pemilik syarikat yang gah iaitu bapak Ga On tu. tapi bapak dia sayang giler kat dia & memang tak tau rahsia dia & mak dia. sebab tu dia sentiasa rasa besalah kat bapak dia. Jin Shim & Tae Yang jumpa secara tak sengaja masa sama-sama kerja kat pasar borong. Tae Yang memang tak pernah lupakan Jin Shim & sentiasa harap dapat jumpa Jin Shim tapi even diaorang jadi kawan, dia memang tak tau Ga On tu sebenarnya Jin Shim. Jin Shim pulak memang tak bole declare yang dia tu Jin Shim sebab takut kat mak dia. tapi dia tolong Tae Yang untuk masuk pertandingan cari franchise baru untuk company bapak dia. Tae Yang pulak secara tak sengaja jumpa kawan-kawan baru & terus jadi sahabat sejati yang sama-sama berusaha untuk menang & dapat bukak kedai sayur impian Tae Yang.
bila mak Ga On dapat tau yang Tae Yang menang pertandingan, dia mula buat macam-macam untuk hancurkan kedai tu & hubungan Tae Yang & Jin Shim. cite ni bole jadi motivasi apa pun impian kita, boleh dicapai dengan usaha tanpa putus asa, doa dan sokongan orang-orang sekeliling yang sayang kita. orang-orang yang benci kita pulak akan jadi pembakar semangat. jangan putus harap, sentiasa berdoa dan usaha InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua keperitan.
sebenarnya kan, aku beli cite ni bukan sebab tertarik dengan jalan cerita. sebab utama aku beli cite ni?
lee kwang soo a.k.a giraffe a.k.a kwangvatar a.k.a the betrayer!!! hahaha dia la sebab utama aku bole beli cite nih! seperti biasa, dia memang nampak menyedihkan yet bodoh-bodoh! sukeeeee sangat!!! so sape yang rasa nak tengok bole la cari DVD kat kedai berhampiran anda yek! kalo tak nak beli bole la tunggu cite ni kuar kat Astro OneHD tapi tak tau la bila or ada dalam senarai diaorang or tak.
gomapsumnida!


Wednesday 14 November 2012

makanan Korea yang best!

penah nampak ini restoran? hehe first aku tengok restoran ni kat Mid Valley. tapi disebabkan masalah teknikal, aku gi makan kat restoran korea yang lain. tapi dalam hati memang menyimpan impian chewaah! nak gi Mid Valley makan jugak kat restoran nih!
tetiba satu ari tengah cari barang kat One Utama, ternampak restoran nih! wahhhhh... ini sudah bagus! tak payah aku nak gi jejauh ke Mid Valley tuh.
so 2 minggu lepas dengan lutut yang tak berapa nak elok lagi & jalan still tecepot-cepot lagi, aku seperti biasa ditemani adik tersayang dapat jugak mengisi perut dengan makanan korea kat restoran nih. hehehe sukeeeeeeeeessssss sangat!!!

keadaan dalam restoran ni biasa je takde pun menggambarkan ciri-ciri Korea sangat pun. cuma dia duk ulang tayang konsert 2NE1 jek. maybe owner dia minat group nih kot. hehe
sume duk atas kerusi yek, takde space untuk duk bersila macam restoran Korea lain.
menu dia nampak macam menarik. ada set & ada gak ala carte.




rasa nak makan? haha aku order set Bibimbap Beef. pada sape yang tak tau, Bibimbap ni nasi yang digaul dengan sume sayur, daging or ayam & telur. sebelum gaul, tuang sos "gochujang" (macam cili boh la gitu) dalam mangkuk tuh then gaul sebati. makanan sampingan pakej sekali ngan set ni taugeh, kimchi (sedap kimchi dia! pedas!), bayam & sup tauhu (sup pun sedap!)
lepas gaul trus makan panas-panas tuh! sedapnyaaaaaaaa!!! harga set Bibimbap ni RM 17.90 tak termasuk air yek!
ini makanan adik aku. dia order set Bulgogi Beef. Beef tu macam masak black pepper tapi tak pedas. dalam set ni ada nasi, taugeh, kimchi, bayam & sup tauhu jugak. pun sedap gak! daging dia lembut sangat. harga set ni RM 20.90 tak termasuk air.
tak cukup ngan set nasik tu, kitaorang order gak Pa-jeon ataupun pancake. sedap pancake nih! lain sungguh ngan yang aku buat sendiri tu! haha kena cari resepi lain pulak ni. ada udang dalam ni. nanti aku try masak tambah udang lak! hehe pancake nih harga dia RM 10.50 sepinggan.  
me & my sis yang sronok giler dapat makan! haha pada yang nak try tu sila la ke Dubu Dubu Seoul Food kat One Utama or Mid Valley. kat Mid Valley sebaris ngan kedai emas Poh Kong aku rasa. kalo One Utama kat New Wing 2nd floor kot. lupa la. sebelah kedai Wafle Cake kot. tapi so far yang aku penah makan, kat sini memang sedap la.
licin beb.. penuh perut aku! nanti kalo aku gi makan lagi aku update lagi yek! rasa macam nak try mi udon seafood dia lak! ahaks!!
Gomapda! 

Monday 12 November 2012

Chocolate Milk / Lemon Cheese Milk Crepe Cake

nampak sedap tak? hahaha sabtu lepas aku gi Class buat cake ni. cari-cari dalam internet jumpa lak kelas buat kek ni. aku tak penah makan pun tapi saje nak mengisi masa konon. padahal belambak keje nak settle kat umah! takpe dah menganggur sok aku kemas la umah. buleh gitu?? kelas start kul 2.30 petang. dari umah aku nak gi Sunway Giza tu padahal nya 10 minit je, tapi aku tak tau la apa kejadahnya yang jam nak masuk Dataran Sunway tu, dekat 45 minit baru aku dapat masuk parking Giza. hanginnyaaaa....
total pelajar nya dalam 20 lebih. sume bangsa Cha Ya Nun Alif, 3 orang je Melayu. aku rasa nyonya-nyonya tu memang attend all class kat situ sebab kecoh betul diaorang sepanjang class tu. chef tu pun dah kenal. oh lupa lak. class ni di conduct oleh Chef Alex Goh.
so cake ni ada 3 peringkat. first stage kena wat crepe dia tu. bancuh & masak macam lempeng tu. simpan dalam fridge lebih kurang 30 minit bagi dia keras sket. kalo nak buat awal-awal pun bole. crepe tu leh simpan dalam fridge dalam 3-4 hari. so kalo nak jimat masa leh la buat dulu crepe tu awal-awal.
2nd stage baru wat dia punya filling ataupun cream antara lapisan crepe tu. kalo nak wat cheese filling pun bole, nak wat pakai cream biasa takde cheese pun bole. ikut selera masing-masing la yek! so the paling leceh punya step is letak layer by layer of the crepe selang seli ngan filling yang kita buat tuh. kalo ada 30 keping crepe tu, 30 kali la kena pipe cream filling tu lapis demi lapis. atas sekali filling tu kalo cukup leh la cover the whole cake. then simpan dlm fridge balik. sementara masuk fridge tu bole la buat chocolate glaze untuk hiasan atas cake tuh. bila dah tuang chocolate glaze tu atas kek, masuk balik dlm fridge at least 30 minit ataupun sampai nampak mcm dah keras & bole potong. kalo tak cukup keras dia jadi penyek & comot & tak sedap bila makan.
yang chef tengah buat ni cream cheese filling & dia tak letak chocolate glaze atas cake tu. cuma hiasan conteng-conteng jek. kalo aku conteng memang hancur la rupa cake tuh... the hardest part lagi satu masa nak buat crepe tu adalah masa nak terbalik kan crepe dalam kuali. nampak chef tu buat senang je terbalik kan pakai tangan, then bila makcik-makcik tu try memang hancur crepe tuh! hahaha
anyway... bila aku nak try nih? hehe nanti nanti la yek! Gomapda!

Monday 5 November 2012

1 DEKAD YANG PALING BERMAKNA..

5 november 2012. genap 10 tahun aku mencari rezeki di MFDM Holdings di bawah syarikat Pelasari Sdn. Bhd. aku pun tak sangka aku akan bertahan selama ini. aku memang takkan lupa aku datang interview dari Ipoh. abah yang bawak. dalam perjalanan ke KL, tayar keta pancit. kesian aku tengok abah tukar tayar, rasa nak suruh patah balik umah je. so aku datang interview lambat. masa tu yang interview aku, Hj. Ibrahim & boss kesayangan aku sekarang : Encik Boss, hehe Encik Mat Ali. aku memang tak confident dapat pun sebab aku bukan budak Akaun. aku cume budak Biasa Biasa Aje (BBA) majoring in Finance. abis interview aku balik Ipoh ngan abah. memang tak harap pun nak dapat..

petang tu jugak Encik Boss call cakap aku dapat keje tu!! yeeehaaaaa!! yang kelakar nya aku tak tau En. Boss aku yang call. aku ingat staf HR yang call so aku bole main-main tanya BERAPA GAJI SAYA? adehhh nasib baik dia tak black list aku. heh heh.. parents aku tak berapa nak bagi sebenarnya.. biasalah kalo bole nak duk Ipoh jugak jangan gi jauh-jauh tapi aku nak jugak-jugak keje sini sebab gaji banyak! haha time tu pada aku memang banyak la gaji tu compared dengan gaji aku keje kat workshop masa tu. haha

so 5 November 2002 secara rasmi dan gabra nya aku menjejakkan kaki ke dalam bangunan MFDM sebagai pekerja. banyak benda baru yang aku belajar. aku belajar, belajar & terus belajar. Kak Gayah ajar aku, En. Boss pun ajar aku. tak pernah sekalipun aku kena marah teruk walaupun aku tak reti or salah buat keje. En. Boss akan terus mengajar & aku pun terus belajar. aku beli buku, tengok balik semua nota-nota masa aku belajar. boss aku cakap tempat aku 'panas'. semua yang duduk situ tak keje lama. so aku nekad. boss akan tengok muka aku sampai pencen! hahaha lagi pun aku suka semua orang sekeliling aku. happy & very healthy environment especially dalam department aku. itu yang penting.
hari demi hari aku semakin didedahkan dengan situasi sebenarnya dalam syarikat. makin lama makin banyak yang aku rasa di luar bidang tugas sepatut nya. tapi sebab boss aku buat, so aku pun dah jadi biasa. tak begitu berkira dalam soal kerja. asalkan ia melibatkan Big Boss, semuanya kitaorang buat. datang office awal, balik lambat dah jadi kebiasaan. tapi semua tu bukan paksaan. aku sendiri suka dengan keje aku. aku ambik peluang tu untuk belajar apa saja yang aku belum tau. apa saja masalah tak kira hal syarikat ataupun hal peribadi Big Boss, semuanya kitaorang settle sedaya upaya.
Bank Book gabak ni pun aku angkut bawak balik umah, nak siapkan keje punya pasal...
apa yang buat aku sayang sangat kat company ni? hehehe kawan-kawan aku. masa aku mula-mula keje tak ramai yang sebaya aku. aku cuma ada Pokcik je lepas bff aku, Shima benti keje. yang lain sume older or younger dari aku.

MFDM Open House 2005 with Pokcik
2003 baru aku tau aku kena keje masa show equestrian sebab itu event subsidiary. so mula tahun 2003 sampai la 2012 bila time show je akan kelihatan la muka aku & En. Boss kat 3Q Equestrian Centre. 2004 aku mula terlibat dalam semua  event company. aku pun tak tau macam mana aku leh terlibat... haha macam aku cakap tadi, tugas aku termasuk yang di luar bidang tugas.. kih kih kih masa ni tak ramai staff yang bujang so geng geng nak enjoy tu tak ramai sangat but we still enjoyyyyy!! hahaha
Omar slimmmmmm jek...
From left : Abang Mi yang slimmmmm lagi, me, Kapt. Hezlin & Mejar Omar
2005 aku dah start main bowling. Kapten Hezlin yang paling terrer masa tu. dia yang banyak ajar & mempengaruhi geng-geng lain untuk sama-sama terjebak dalam baling membaling nih.. tempat latihan masa tu, Cosmic Bowl Mid Valley. ahli-ahli tetap masa tu aku, En. Boss, Pokcik, Kapt. Hezlin, Wak Kadir. KS & KO jarang-jarang. hehe hasilnya agak bagus jugak. kitaorang start tournament dengan MAFCA & bermula la episode asyik CMCA/PSB je yang menang! hahaha
kemenangan pertama sebagai pembuka jalan.. haha

MFDM Open House 2006
2007 makin meriah. bowling team pun makin mengganas. team CMCA/PSB menang lagi dan lagi..
staff makin ramai. Top Management pulak dah bertukar. belanja makin mewah. hahaha time ni meeting & discussion semua kat hotel. best betul! walaupun aku tak berapa suka dengan cara bermewah-mewah ni tapi apa aku bole buat? kan? kan? kan?
budget presentation kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi
tahun ni jugak la buat pertama kali nya setelah bertahun-tahun lamanya, company buat trip ke Pulau Redang, Terengganu. buat pertama kali nya jugak la aku sampai Terengganu! haha semua staff under Group of MFDM join this trip. memang heaven la sume free!

 
first time jugak la open house raya di handle oleh orang baru. maklum la ramai staff baru masuk sume yang terer-terer. first time la jugak dalam sejarah company, open house jadi havoc giler! hmmmm ada guna nya orang lama... jangan anggap orang lama ni semua tak berguna.. tak gitu??
MFDM Open House 2007
antara aktiviti yang paling best kitaorang buat kat office adalah acara makan-makan!! yang ni paling aku suka. selalunya musim raya kitaorang pun buat la open department. masing-masing tunjuk skill Master Chef yang terpendam. memang meriah dengan makanan seh! akak sukeeeeee!!!
tahun ni jugak la berlangsungnya Sukan SEA di Korat. 3Q dapat banyak gak gold medal so Big Boss mintak staff datang KLIA untuk sambut anak-anak dia dengan meriah. selaku staff yang berdedikasi, kitaorang pun naik la bas beramai-ramai menanti kepulangan 3Q di KLIA...
2008 team bowling makin berkembang. geng-geng enjoy makin ramai. masa keje gaduh pun bila jumpa time bowling semua ok.. makin meriah!
time ni lawan dengan sape pun team CMCA/PSB mesti ada yang menang. at least top 5 memang dalam tangan la gitu.. i miss this moment so much.. open house tahun ni diambil alih oleh orang lama balik. semuanya lancar & semua orang lega.. gila kau fobia tahun lepas punya tak abih lagi! hahaha
MFDM Open House 2008
2009 Top Management baru masuk lagi. company agak kucar kacir dengan isu yang bertambah-tambah. bertungkus lumus menyiapkan report nak menyelamatkan company, pukul 2 pagi ada kat office lagi. agak perit tahun ni bagi aku & En. Boss. masa ni boleh nampak mana kawan yang boleh menangis sama-sama & mana yang time ketawa je berdekah-dekah.. lumrah la tu..
tahun ni jugak la geng-geng bowling plan buat tournament 'kita-kita aje'.. kutip yuran & cari hadiah kaw-kaw punya. memang gempak Pin Junction time tu tengok hadiah kitaorang. tournament ni rally 10 game. sampai nak tercabut tangan dah rasanya.. hambik kau!
tengok! tengok! mengalahkan hadiah pro tournment!
hehe saje menyelit kat sini.. satu waktu dulu.. R tu REEN. hehe sekarang tak dapek dor score camni!
MFDM Open House 2009
time ni la dapat begambo ngan retis!
2010 aktiviti kitaorang bertambah lagi. badminton jadi pilihan. masing-masing sibuk cari reket pulak. yang terer dah confirm la terer, yang lain tu memang menceriakan suasana. meriah sungguh court tu! asyik kena kutuk je la..
kih kih kih apa jadi pun posing lagi penting!
aktiviti bowling still bejalan seperti biasa. tournament menang jugak. haha saingan antara kitaorang pun dah makin dahsyat. masing-masing makin improve. aku ni jenuh nak kejar kederat jejaka-jejaka harapan company tu. adehhh...
atlit wanita harapan PSB/CMCA giteewwww...kah kah kah
saje nak letak gambar ni... kah kah kah
tahun ni jugak ada exhibition DSA. company aku join so En. Boss tiba-tiba baik hati bawak aku & Kak Gayah gi melawat. semuanya berkaitan dengan Pertahanan Malaysia.
aktiviti paling best & takkan aku lupa sampai bila-bila, kitaorang gi hiking kat Gunung Irau, Cameron Highlands. first time aku gi hiking. beli kasut hiking pun kat Giant je atas bantuan Zuba & Sham. hasilnya, kasut kitaorang bertiga sama! haha ini memang paling mencabar sepanjang hidup aku & aku rasa sepanjang hidup kawan-kawan aku jugak. pagi-pagi naik gunung tu semua orang ceria & sibuk ambik gambar. bila dah makin tinggi, makin payah, semua orang dah rasa nak balik naik helikopter je! Ya Allah... memang paksa diri je nak turun gunung tu. tak larat sangat dah..
awal-awal memanjat akar ni still bole senyum & posing. baju pun bersih je lagi..
sampai je puncak gunung, semua orang dah lembik especially yang pompuan termasuk la aku. kena turun cepat sebab hari dah makin gelap. bayangkan kitaorang naik lebih kurang dalam pukul 8 pagi & kitaorang sampai bawah balik pukul 7 malam! dah rasa nak terus tidur kat situ je! memang lembik sungguh dah rasanya. kalo nak tengok gambar banyak-banyak leh tengok dalam facebook aku yek! penat tapi memang best! walaupun penat kitaorang cakap tak berhenti sepanjang mendaki tu. gelak tak payah nak cakap la. kecoh giler! ada je bahan! paling aku ingat & sampai sekarang aku gelak bila at one part, kak Azimah dah tak larat so dia duduk masa nak turun tapi dia tergelincir. tetiba si Sham bersuara "Akaaakkkk saya suruh akak duduk je, kenapa akak baring?" aduhhhhh macam nak pecah perut kitaorang!!! ko memang terbaek la Sham!
esoknya meronda Cameron jalan terhencot-hencot. sakit giler satu badan! tapi posing tetap posing! memang happy giler time ni. penat tak tau nak cakap la tapi its so valuable for me.. thank you so much guys!!
MFDM Open House 2010
Syarikat bawah MFDM bertambah lagi. yang pelik nya aku & En. Boss pulak nak kena handle semua. tak pasal-pasal dengan aku sekali kena meredah pasir, meredah kebun sebab nak buat fishing company. aduhhhh... aku yang tak pernah langsung tau pasal ikan air tawar selain makan, kena ambik tau semua benda tu. tak pasal-pasal jadi petani pulak..
ikan Plabuk 20 kg lebih.. giler berat!
2011 company nak buat Annual Dinner celebrate sekali dengan birthday Big Boss. so ada MFDM Sports Tournament untuk semua subsidiary under MFDM. kitaorang terpaksa berpecah group ikut company masing-masing. tapi yang bestnya Badminton PSB menang & Bowling CMCA menang. company lain tengok je la.. hahaha
hehe aku harapkan Shazril je la..
masa annual dinner tu wife Big Boss mintak staff buat peformance. so tak nak menghampakan permintaan, kitaorang pun buat jugak la sedaya mampu. walaupun malu nak naik pentas sebab memang semuanya takde bakat, untuk Big Boss & memeriahkan suasana, kitaorang tebalkan la jugak muka. just ingat enjoy je. masing-masing mengutuk "kekayuan" masing-masing but still did our best & enjoy ourselves.  
lepas dinner tu tetiba terdengar la pulak suara-suara sumbang yang menyatakan kitaorang ni memang suka buat benda-benda macam ni. keje tak nak buat! aduhhhh sakit nya hati... kitaorang bertungkus lumus berlatih lepas waktu pejabat, tebal kan muka menari depan semua orang & mostly yang tengok tu semua ketawakan kitaorang sebab dah macam badut je atas pentas tu.. kau bole mengata kitaorang pulak?? kitaorang bersukan pun lepas keje! apa masalahnya? sedihnya tak tau nak cakap la... frust sangat & memang kitaorang nekad lepas ni apa nak jadi, jadi la! kitaorang takkan buat benda-benda macam ni lagi!
kitaorang jugak buat potluck mothers day celebration untuk semua geng-geng perempuan kitaorang. ada sessi bertukar-tukar hadiah. meriah tau!! siap ada theme colour lagi..
bulan puasa Big Boss buat majlis buka puasa kat masjid. semua staff dijemput hadir tapi tak ramai yang dapat hadir sebab jauh. yang ada muka aku jugak la... Kak Azimah memang wajib ada. hehe
MFDM Open House 2011
2012 tak banyak aktiviti kitaorang. bowling & badminton pun kadang-kadang. semua orang macam suram je. sejak ada Top Management baru semua orang macam tak happy. buat keje pun macam stress je. ada je yang tak kena dengan kerja kitaorang. macam saja nak cari sebab je.. buat makan-makan kat office pun bole jadi isu, so kitaorang celebrate mothers day kat kedai je tahun ni. meriah jugak!
equestrian show tahun ni pun ada isu, pendek kata semuanya nampak tak kena la di mata mereka-mereka yang berkuasa! diaorang ingat kitaorang nak saaaangaaatttt duduk seharian keje kat situ? dengan panas, bau busuk toilet & taik kuda! sabarrrrr je la...
open house tahun ni pun aku tak ambik port sangat. biar la orang bijak pandai handle. mana yang patut tolong, aku tolong. mana yang tak tanya tu, pepandai la sendiri. tapi biasa nya kalo dah Big Boss sayang, buat salah macam mana pun takpe. 
makan-makan raya last untuk aku
genap 10 tahun aku mencurah bakti kat sini. macam-macam perkara dah aku lalui. macam-macam tugas jugak dah aku selesaikan. benda yang di luar bidang tugas pun aku langsaikan. segala macam orang jugak aku jumpa kat sini. semuanya pengalaman yang memang aku takkan lupakan. manusia ni memang hatinya tak terjangka. semalam bermati-matian dia menyatakan kita adalah orang yang paling dia percaya. hari ini belum tentu lagi pemikirannya sama. manusia ni jugak memang tamak. semalam dia kata dapat sikit pun tak apa, janji jalan nya betul & diredhai Allah. hari ini belum tentu lagi pendiriannya sama. aku tidak pernah terlalu berkira atau tidak ikhlas dalam setiap tugasan, cuma aku mengharapkan hargai lah usaha dan jerih perih orang yang membangunkan syarikat. ya benar, pekerja semua dibayar gaji untuk melaksanakan tugas, tapi bukan untuk menghambakan diri pada perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
aku cuma ingin bekerja dengan tenang & happy seperti sebelum ini. itu paling penting. bila terjaga dari tidur di subuh hari, otak terus membayang kan perkara tak seronok yang bakal terjadi dan hati mula  resah memikirkannya, apa guna nya untuk terus berada di sini?

9 hari lagi aku akan meninggalkan syarikat ini & semua kawan-kawan kesayangan ku. agak pelik rasanya. tapi itu kenyataan. aku sendiri memutuskannya setelah berfikir panjang. tanpa mendapat tawaran pekerjaan lain aku nekad berhenti dulu. sudah jelak rasanya untuk melihat muka-muka orang bijak pandai yang memang aku tau tak la sepandai mana! tak apa la..  bumi Allah ini luas. InsyaAllah di mana ada usaha, Allah sentiasa ada membantu. sejujurnya aku memang takut kalau tak dapat kerja lain tapi aku memang dah tak boleh nak membayangkan diri aku di dalam syarikat ini. sebelum prestasi aku menjadi sebab aku dibuang dan memburukkan rekod aku, lebih baik aku berundur. apa yang aku ceritakan dalam post panjang lebar aku ni, lebih banyak berkisar tentang sayang nya dan seronoknya aku berada bersama kawan-kawan ku. terlalu sayang. aku tak tahu adakah aku akan memperoleh kawan yang sama seperti sekarang di tempat baru nanti?

pada semua kawan-kawan yang amat aku sayang, aku menyusun sepuluh jari, merendahkan diri, memohon ampun dan maaf. dalam bekerja kadang kala ada terkasar bahasa hingga menyinggung perasaan. memang aku akui kadang kala aku agak kasar dan tegas. segala yang kita lalui akan jadi kenangan terindah dalam hidup. sama-sama la kita mendoakan sesama kita agar beroleh rezeki yang halal dan lebih baik selepas ini. i'm gonna miss all of you...
meja yang 10 tahun menabur bakti pada aku...
sarang hae & gomapda chinggu!!!