Wednesday 4 January 2012

sampai di sini..

Happy New Year u olsssss!! semoga tahun 2012 ni akan menerbitkan lebih banyak kejayaan & kegembiraan untuk kita. 2011 kita tinggalkan dengan penuh kesyukuran kerana dipanjangkan umur kita untuk menikmati ujian & cabaran 2012 pulak.

2011 adalah tahun yang agak perit buat saya. kita hanya merancang tapi Allah menentukan segala-galanya. saya adalah hambaNya yang harus redha menjalani segala ujianNya. sebagai anak, sedaya upaya saya berusaha membahagiakan ibu bapa. sebagai kakak, sehabis baik saya ingin menjadi contoh terbaik buat adik-adik saya. tapi saya perlu redha kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Saya benar-benar bersyukur dalam kekalutan & keperitan ini, keluarga sentiasa ada di sisi. juga teman yang tak jemu-jemu mendengar & memberi keyakinan. Juliana Abd Majid, Allah saja yang mampu membalas segalanya. kerana tiada siapa yang tahu, dia saja tempat saya mencurah segala keperitan yang dirasa. begitu juga Suzana, terima kasih yang tak terhingga.

Segala soalan yang dilontarkan sebaik mungkin saya jawab agar tidak menimbulkan curiga. segala gurauan saya telan sendiri dengan hati yang tak keruan. tabahlah hati... ku tahu dirimu cukup kuat menghadapi semua ini.

Pada semua rakan-rakan yang saya kasihi, segala persoalan anda akan saya noktahkan di sini. saya bukan lagi bergelar isteri & saya telah kembali hidup sendiri. saya cuma mohon agar tidak diungkit atau disoal berkenaan perpisahan ini. sudah pasti perkara ini bukanlah sesuatu yang saya banggakan untuk diumumkan. kerana itu saya mengumpul kekuatan untuk meluahkan segalanya di sini.

Pada rakan-rakan terbaik dalam hidup saya :- Azura, Marshima, Rosnah, Zalina & Atirah, beribu kemaafan saya pohon kerana merahsiakan segalanya, sesungguhnya saya tidak punya kekuatan untuk membuka mulut meluahkan rasa. hingga saat ini peritnya masih terasa.

Pada mak, abah, wan, ana & eta, kalian adalah kekuatan & tujuan hidup saya. saya sentiasa berdoa pada Allah agar segala kemurahan rezeki & kebahagiaan yang Allah limpahkan pada saya turut dilimpahkan pada kalian semua. dan segala kesulitan & kesedihan yang diberi pada saya, tolonglah jauhkan daripada kalian.

Pada semua kaum keluarga & jiran-jiran terdekat yang turut menangis mendengar kisah saya, saya amat terharu & sentiasa berdoa agar tiada anak-anak kalian yang menerima ujian seperti saya.

Selamat tinggal 2011. segala yang berlaku takkan dilupakan. semoga ada hikmah di sebalik dugaan ini. duhai hati, tabahlah.. masih jauh perjalanan hidup, masih banyak liku yang perlu disusuri... perlu cekal.. perlu tabah... perlu sabar... semoga rahmat Allah sentiasa di sisi...

Selamat Datang 2012...