Tuesday 25 September 2012

pakej 6 hari 5 malam (part I)

lepas 2 bulan makan ubat still takde perubahan, doktor kata better buat MRI then see apa sebenarnya. but semua terpulang pada aku. if aku rasa bole tahan lagi sakitnya then biar je la. dia tak paksa. aku? sampai bila aku nak tahan? kalo tetiba jadi lagi aku tak bole jalan camne? so akhirnya buat pertama kali dalam hidup aku check in kat hospital. haha

dengan harapan aku duk hospital 1 malam je, aku pun bawak baju ala kadar je.check in kul 10 pagi then tunggu ambulance nak bawak aku gi wat MRI. tunggu punya tunggu kul 2 baru ambulance sampai. first time dalam hidup gak naik ambulance. driver tu pasang je siren, terhuyung hayang la aku dalam ambulance tu. laju brother nih bawak. memang nak kejar masa sebab banyak sangat lak patient ari tu.
org paling xcited nek ambulance

sampai je Tmn Desa Medical Centre, terus proceed with MRI. proses ni ambik masa sejam lebih sebab image dia memang detail daripada segenap otot, tisu, urat segala-gala yang ada dalam badan kita. terbaring la aku atas tu dengan penuh kebosanan & kaki tak bole gerak! Ya Allah kebas gile kaki aku sampai satu tahap aku memang dah tak tahan sangat. aku panggil nurse tu & tanya lama lagi ke? memang dah tak tahan. dia picit-picit kaki aku & suruh aku tahan 10 minit je lagi. sebab baring mengadap lampu lama sangat aku rasa pening macam nak muntah! tak nak dah buat benda ni lagi!! Ya Allah, berilah aku kesihatan yang sangat baik.. tak nak dah..

sampai KJMC dalam kul 5 lebih dah. penat + pening tak tau nak cakap la. rasa nak tido sangat tapi mata tak nak lelap. aku dah la memang susah nak tido kalo berubah tempat, apatah lagi first time kat spital. lagi la payah nak pejam mata. huwaaaaaaa!!

2nd day aku habiskan dengan penuh bosan tahap maksimum! result MRI tak kuar lagi so memang takleh watpe. nasib baik la makanan kat sini bole tahan sedapnya so makan je la keje aku.. haha
dalam kul 5 lebih baru doktor datang bawak result. kalo tengok dari image MRI tu, nampak tulang rawan or cartilage aku ada problem. macam ada yang pecah & separated from others. but doctor kena wat "arthroscopy" untuk confirm berapa besar & banyak damage to repair. what to do next depends on apa yg doktor nampak masa arthroscopy tu nanti.
 
"Knee arthroscopy is one of the most commonly performed surgical procedures. In it, a miniature camera is inserted through a small incision. This provides a clear view of the inside of the knee. Your orthopaedic surgeon inserts miniature surgical instruments through other small incisions to trim or repair the tear - source ORTHOINFO.AAOS.ORG"
 
after discussion we schedule the operation petang esok. makna nya lama la aku duk spital nih! huwaaaa!!
panjang sangatla.. to be continue... kamsahamnnida! anyeong!

sakit lutut? tua sangat dah ke aku?

aku tak ingat sejak bila aku start rasa sakit tapi memang dah bertahun aku susah nak luruskan kaki kalau dah bengkok. even after driving aku akan rasa sakit. tapi aku still buat bodoh je. lepas 2-3 minit hilang la sakit nya. then first day bangun sahur puasa tahun ni tak pasal-pasal lutut aku sakit. pelik la pulak tapi aku still buat bodoh, 2-3 minit lagi hilang la ni..but sampai pukul 9 pagi lutut aku makin berdenyut and dah rasa payah nak jalan. tak bole jadi ni.. siap-siap terus drive gi hospital.
orthopedic pulak cuti sambut puasa hari tu so aku jumpa doktor biasa je. x ray result nampak tulang lutut aku ok je takde patah ke apa ke. so doktor tu bagi aku painkiller je and set appointment jumpa ortho 2 days later. masa ni aku memang dah tak bole bengkok lutut langsung. sakit yang tak pernah aku rasa selama ni. korang pernah pasang apa-apa barang pasang siap yang korang kena luruskan tiang dia sampai dengar bunyi "ktak"? macam tu la bunyi lutut aku kalo aku cuba luruskan bila dah bengkok. terpaksa call my sis & julie to pick me up. absolutely can't drive.
 
2 days after that aku jumpa ortho Dr Bazam Abd Rani. after several test dia suspect maybe "cartilage" ataupun "plica" yang buatkan aku sakit.
 
"cartilage most notably that which is found in the knee joint, is generally characterized by very low friction, high wear resistance, and poor regenerative qualities. It is responsible for much of the compressive resistance and load bearing qualities of the knee joint and, without it, walking is painful to impossible - source WIKIPEDIA"
 

Plica Syndrome (also known as Synovial Plica Syndrome) occurs when the plica (an extension of the protective synovial capsule of the knee) becomes irritated or inflamed - source WIKIPEDIA
 
but both tak bole confirm unless aku buat MRI (Magnetic Resonance Imaging). disebabkan aku takut sangat masuk spital & nak try other options beside operation, doktor bagi aku try ubat for 2 months. normally makan ubat dah boleh ok sebab i'm not supposed to get "osteoarthritis" lagi at this age.
 
apa punca semua ni? SPORTS adalah salah satu punca. our cartilage can consider as wear & tear. makin lama mmg akan makin nipis kalo tak betul-betul jaga. tapi bole jadi jugak masa sports ataupun aktiviti lain kita lupa lutut kita ni. wrongly twisted, jatuh, macam-macam lagi bole jadi punca. macam aku, semua benda aku try. aku pun tak ingat dah aku pernah jatuh or whatever sebab lasak sangat. hehe so guys, sayangilah lutut anda! haha 
 
will update later all process kat hospital ya! Kamsahmnida! Anyeong!


Sunday 23 September 2012

kenapa aku tak nak masuk spital..

sepanjang 33 tahun aku hidup, perkara yang paling menakutkan untuk difirkan adalah masuk spital. Alhamdulillah selama ni aku memang tak pernah sakit waima demam denggi sekali pun untuk membolehkan aku masuk spital. memang bersyukur sangat-sangat dengan rahmat Allah yang satu ni. walaupun aku suka tengok Greys Anatomy, Private Practice dan berangan-angan kalau la aku jadi doktor... aku tetap tak nak masuk spital! haha

apa yang menyebabkan aku takut sangat masuk spital? mak selalu sound aku " ko masuk spital nanti ko tau la langit tinggi rendah. nurse tu nanti paksa ko makan ubat ngan air kosong!" warrghhhhhhhh!!! itu yang menyebabkan aku fobia gila bila terbayang kena masuk spital. kalo aku muntah depan nurse tu camne? huwaaaaaaaa takutnya... sampai dah tua ni pun aku tak boleh makan ubat ngan air kosong kecuali ubat tu sebesar ubat selesema yang kecik sesangat tuh.. korang boleh??

lepas x ray still tak nampak apa punca sakit, doktor suruh buat MRI.
"Magnetic resonance imaging (MRI), nuclear magnetic resonance imaging (NMRI), or magnetic resonance tomography (MRT) is a medical imaging technique used in radiology to visualize internal structures of the body in detail. MRI makes use of the property of nuclear magnetic resonance (NMR) to image nuclei of atoms inside the body" - source WIKIPEDIA

bila dah nak wat MRI so aku kena lah masuk spital. adehhhh...ni yang aku tak nak nih.. so aku pun buat la pengakuan ikhlas kat doktor tu.. "doktor, saya ni bole masuk spital tapi saya ada masalah. saya tak bole makan ubat ngan air kosong.." huhu nampak sangat tak aku ni macam entahapehape?? haha sambil senyum doktor tu cakap "tak ada pun dalam peraturan kena makan ubat ngan air kosong." yezzzaaa!!! mak kena dengar nih!!!

so after discussion ngan doktor tu, we decide the date admitted, run MRI & do the surgery if needed. doktor cakap kalo result MRI shows my pain can cure with injection then aku bole balik the next day. dalam ati berbunga-bunga and macam confident aku akan balik the next day after admitted. everything will be ok & i don't need to stay longer.

kenapa aku kena masuk spital? haha will story next ya!

kamsahamnida!

Sunday 16 September 2012

Kimchi Pancake yang tak cantekk..

Selamat Hari Malaysia u ollsss... Semoga kita sama-sama bersatu memelihara negara Malaysia tercinta kita ni. Semalam adalah hari yang agak sibuk jadi hari ni la baru nak story bout semalam.
Semalam adalah hari mengemas umah jadi segala mak nenek yang ada dlm fridge tu mula la tengok balik dah expired ke belum. selalunya banyak yang dah expired! hehehe

bila bukak je fridge tu nampak la lebihan kimchi. nak makan, aku tak rasa nak makan nasi pun so bila check belum expired lagi. apa nak buat yek? then aku teringat kimchi pancake yang selalu aku tengok dalam Family Outing. Jong Kook oppa suka tu! hehe rasanya tak la susah sangat kot nak buat. macam cucor bawang jek lebih kurang caranya.

so grab my ipad and cari balik maangchi.com. best website ni sebab dia tunjuk cara-cara masak sekali. lepas tengok lebih kurang then aku pun mula la misi kimchi pancake for my dinner. pada yang nak try, sorry la aku memang tak reti sangat nak sukat betul-betul. aku main taruh ikut sedap tangan jek! haha cook with your heart gitewwwww... kononnn...

bahan utama of course la kimchi. potong kimchi tu kecik-kecik sikit then ambik lebih kurang 1 cawan. air kimchi tu ambik lebih kurang 3 sudu besar.

bawang besar potong dadu. disebabkan aku tak bole kalo makanan tak pedas so aku pepandai sendiri menambah cili padi. hehe baru best! garam & gula lebih kurang 1/2 sudu kecik.

pastu tepung gandum lebih kurang 1 cawan & air pun 1 cawan. korang agak-agak la jangan sampai cair sangat. kalo dah terlebih air pepandai la tambah tepung yek!

gaul sume bahan tadi then jadi la macam rupa kat atas tu. ingat yek! jangan cair sangat. warna dia akan jadi merah camtu sebab warna kimchi.
 
panaskan minyak dalam kuali (jangan banyak sangat) then ratakan bahan tadi dalam kuali macam lempeng. bila tengok kat belah bawah tu macam dah masak, tebalikkan yang belah atas pulak. kalo korang terror boleh la korang lambung macam chef chef selalu buat tu. itu cara terbaik aku rasa sebab...


kalo tak, pancake korang akan jadi macam ni!! huwaaaaaaaaa!!! buruknya pancake aku!! ni sebab pecah masa tebalikkan pakai senduk... huhuhuhu atau pun korang leh buat kecik kecik je, tak payah la nak penuhkan kuali tu. masak banyak kali. comel comel la sikit kan.. nanti next time aku pun nak buat comel comel je.. learn from xperience kan?
 
pastu bole la korang potong elok elok & hidang kan. kalo korang makan sorang sorang macam aku, ikut suka la nak makan macam mana! hahaha rasa dia agak masam sebab kimchi memang masam tapi ok sebab dah blend ngan gula and cili padi so pada aku, aku suka! haha sila abaikan hair dryer & sunblock dalam gambar tu. (macam mana lak leh benda yang tak sepatutnya ada atas meja makan tu??)

selamat mencuba bagi yang nak cuba & kamsa hamnida pada yang baca! sarang hae!

Thursday 6 September 2012

talking bout love? nonsense!


source : PrecisionRomance.com

rasanya ramai yang pernah baca kata-kata ni. it is soooo true... lain orang lain cara nya. setengah orang nak dating hari-hari, tak boleh tak jumpa. hari-hari nak dengar "i love you" konon nya nak meyakinkan diri bahawa dia memang cinta kan kita. kalau boleh nak announce & tunjukkan satu dunia "dia ni i yang punya okeh.." hehehe tak salah sume tu. terpulang pada kehendak & cara masing-masing.
 
pada aku yang semakin tua ni, the important thing is someone that always be there for you whenever you need him the most. sometimes you feel so lonely even you're surrounded with lots of people. you are laughing and seems like you are so happy but deep down you are missing him so much and wish he could be there with you.
 
sometimes you hate him so much and feel like an idiot. terlalu berharap agar segala impian & kehendak menjadi kenyataan. namun bila pengakhiran tidak seperti yang diharapkan kita akan rasa kecewa yang teramat sangat. mula memikirkan dia tak sayang kita lagi, tak mengambil berat atau pun dah bosan dengan hubungan ni. semua ni rasa yang biasa. semua orang melaluinya. ke aku sorang je yang pernah rasa? haha
 
kenapa pulak la aku cakap pasal menda nih? haha aku tak bercinta & takde orang yang mencintai aku. i keep telling my self maybe some day i'm lucky & Allah grant me with someone who love me with all his heart. maybe.. so pada yang sedang bercinta, adakah anda merasakan kata-kata kat atas tuh benar sebenar benar nya dan that's true love mean to be?
 
for those who reading, gomapda!
 
 

Monday 3 September 2012

Peanut Butter Chocolate Chip Cheesecake

  
hahaha!! over tau letak gambo dulu. macam la canteks sangat ghope kek tu. apahal dah lama tak berasap dapur ngan bau kek tetiba je dah jadi kek nya? heh heh heh begini ceritanya... (sambil ada efek-efek gambar berombak-ombak dengan bunyi macam ringtone dalam henpon Nokia tu..)
 
lepas penat me modified blog ni pada hari kemerdekaan Malaysia ke 55 tu, esok harinya iaitu hari sabtu adalah hari mengemas umah ku yang kecil tapi sesak nih.. sedang aku mengelap habuk yang senang lenang melepak atas meja tu, terpandang la buku yang dah lama beli tapi tak sempat lagi mempraktis kan apa yang ada dalam tu.. memang suka kan beli buku tapi tak baca!
 
  
haaaaaaaa nampak tu?? buku resipi Chef Wan ko! kelllassss kek aku.. kih kih kih maka dengan semangat yang tetiba rasa nak masak kek aku pun meneliti la segala jenis biskut, kek, roti, tart, pie, dessert bagai.. dah nama buku pun sweet treats kan, of course la segala mak nenek yang manis-manis dalam tu...bepinau mata aku nengok gambo-gambo nya sampai kering tekak duk menelan air liur.. hahaha
 
jadi hari sabtu tu lepas gi mengisi perut kat umah makcik aku sebab dia wat open house (mekaseh makcik ku sayang... tak payah aku masak ari tu), aku pun terus la mencari bahan-bahan yang diperlukan memandangkan dah lama aku tak wat kek so barang-barang yang ada sume dah expired.. giler lama aku tak buat kek rupanya!
 
  
 ye seperti nama yang tertera pada tajuk di atas, anda dapat melihat peanut butter, chocolate chip & cream cheese di dalam gambar. maka jadilah PEANUT BUTTER CHOCOLATE CHIP CHEESECAKE.. hehe Chef Wan suruh pakai chocolate wafer as cake base tapi disebabkan malas nak gi Giant beli wafer, aku pun pakai je la Biskut Digestive tu. pastu Chef Wan suruh ambik air perahan lemon tapi disebabkan aku nih terlampau "rajin" maka aku beli je la lemon paste tu. kah kah kah!! nak buat kek sedap tapi malas! abis tu camno?? tak dapek nak nolong dorr..
 
 process by process aku buat sambil bepuluh-puluh kali menengok buku. takut salah der.. akhirnya lepas lebih kurang 2 jam (termasuk bakar kek 1 jam) siap la kek aku.
 
 tadaaaa!!!! ini la hasilnya. tapi... macam tak jadi sangat sebenarnya. tu la.. orang suruh pakai cake base lain aku gi pakai biskut lain... huwaaaaaaaaaa tak cantik kek aku.. base nya kering sangat and pecah... huhuhuhu padan muka! so aku wat kesimpulan maybe digestive biscuit ni tak sesuai untuk bake cheese cake. kalo sejukkan dlm fridge je memang ok. pengajaran nya... jangan lawan cakap Chef! hahaha tapi rasa dia sedap! perasan sendiri la pulok..
  
takpe la next time try kek lain lak. tapi sorry ye resipi kek ni aku tak bole share kat sini. rasanya la...dalam buku tu dia tulih
 
" no part of this publications may be reproduced, stored in a retrieval system or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise without the prior permission of the copyright owner." 
 
so maksudnya tak bole la kan? aku rasa la. so then aku yang tak berapa bijak pandai dalam mentafsir maksud ayat-ayat berbau mahkamah ni tak nak la ambik risiko. tak pasal-pasal aku kena turun naik court sebab resipi sebijik kek! tak kuasa mak nyah... mak pun takde duit nak bayor saman-saman nih. saman speed trap pun tak bayar lagi! hahaha
 
mekaseh Chef Wan! nanti saya cuba resipi yang lain pulak! pada yang nak cuba buat sila la beli buku di atas ataupun kalo malas sila la order je kat saya! kah kah kah!!! kek pun tak jadi ada ati nak suh orang order.. piiiiiraaaahhhh!!!
 
pada kengkawan yang baca citer nih, Kamsahamnida!