Saturday 13 October 2012

The Man Who Can't Get Married


cite ni dalam tahun 2009 so tu pasal pelakon nya macam muda jek.. haha aku cuma kenal pelakon lelaki je, yang pompuan tak perasan lak. sebab utama aku beli cd ni

1) of coz pelakon utama nya
2) sinopsis macam menarik & klakar
3) macam ada kena mengena ngan aku je yang bujang nih... hahaha

firstly biar aku introduce watak-watak dalam cite ni.

sape kenal mamat nih? yang blakon cite YES CAPTAIN. sape
tengok angkat tangan!
ye bagussss... nama mamat nih Ji Jin Hee. watak utama dalam cite ni as Jo Jae Hee seorang arkitek yang sangat excellent, menang award untuk hasil rekaan dia & sangat menitikberatkan Korean culture dalam senireka dia. very the details person yang walau 1 inci pun contractor salah ukur dia akan suruh buat balik! asyik gaduh ngan contractor je. Umur dah 40 tapi dia tak nak kawin sebab tak suka ngan komitmen & dia rasa menyusahkan hidup dia. tak nak terima pendapat orang lain sebab dia rasa dia betul dalam semua perkara. in fact memang dia tau banyak benda macam ensiklopedia ataupun wikipedia. tak pernah bagi sesape pun masuk umah dia. dia rasa umah dia adalah tempat untuk dia sorang.
 
hensem tapi penampilan alahai.. poyo sangat.. kalo tengok cara berjalan pun dah cukup tak menarik! bukan kategori jejaka idaman la melainkan kalo nak hidup mewah.. haha satu hari secara tak sengaja sakit & masuk spital mengubah hidup dia yang poyo selama ni.
tak pernah tengok pelakon pompuan ni tapi cantik jugak. Uhm Jung Hwa namanya belakon as Jang Moon Jung sorang doktor yang umur dekat 40 & tak kawin lagi but ada impian untuk kawin. banyak kali gi blind date but still takde yang berhasil. cantik, baik, lemah lembut & doktor. kriteria yang memang superb la! dapat patient macam Jae Hee yang sungguh poyo memang stress! but sikit-sikit dia mula suka kat Jae Hee. tapi menyukai lelaki yang poyo tu buatkan dia banyak kali makan hati,  makan jantung bagai. nak wat cane.. kalo dah jodoh.. tak gitu??

nama budak cute nih Kim So Eun belakon as Jong Yu Jin jiran sebelah umah Jae Hee. peramah, baik & comel tinggal ngan anjing comel nama Sanggu. selalu gaduh ngan Jae Hee tapi tiap kali Jae Hee sakit mesti dia yang hantar gi spital. kebetulan yang akhirnya buatkan Jae Hee berubah jadi orang yang berhati perut. sebab selalu anta Jae Hee gi spital dia jadi rapat dengan doktor Moon Jong dah macam adik beradik.

sape kenal dia? tengok Fashion King? ni la Yoo Ah In blakon as Park Hyun Kyu assistant Jae Hee dalam architect firm dia. sungguh comel & bercita-cita tinggi untuk jadi sehebat Jae Hee. couple ngan Yu Jin pun secara tak sengaja kenal kat spital masa Yu Jin anta Jae Hee sakit. sangat bertanggungjawab & terlalu mengagumi Jae Hee sampai Jae Hee buat benda yang menyakitkan ati pun dia sabar sebab dia tau Jae Hee sangat baik ati cuma tak begitu berperasaan.

sumenya start bila satu hari Jae Hee tiba-tiba sakit perut & Yu Jin tolong panggilkan ambulan bawak dia gi spital. Doktor Moon Jong yang treat dia tapi Jae Hee ni degil so tak nak duk spital. end up banyak kali dia terpaksa gi spital & Mun Joong jugak yang treat dia. lama-lama dah macam habit lak dia suka gi spital jumpa Mun Joong tapi tiap kali jumpa mesti menyakitkan hati Mun Joong & gaduh. banyak kali gak they try to avoid each other but in the end faith keep bring them together.banyak scene yang kelakar dalam cite ni especially bila Jae Hee dah mula rasa suka kat Moon Jong tapi sangat la kekok nak buat apa-apa. and banyak gak scene yang menyakitkan jiwa bila Jae Hee buat benda bodoh ngan memek muka yang bole buat orang stresssss!!
 
kadang-kadang kita tak tau apa yang Allah akan berikan untuk kita. think positive & keep improvising our self. aku selalu fikir & buat persediaan macam aku akan hidup tanpa teman hidup sampai akhir hayat tapi aku tetap tak putus berdoa agar satu hari jodoh aku akan sampai. Allah lebih tau apa yang terbaik maka teruskan berdoa dan berdoa... cheer up guys!!
 
korang leh enjoy watching this video yang aku amik dari YouTube.
 
Kamsahamnida!
                                 
 
                                        

Monday 8 October 2012

CMP WITH SMALL OCD

result from MRI : CHONDROMALACIA PATELLA (CMP) WITH SMALL OSTEOCHONDRITIS DESSICANS (OCD)

CHONDROMALACIA PATELLA (CMP)
terjadi disebabkan kerengsaan yang berlaku di bawah tempurung lutut (patella). bahagian bawah patella dilindungi oleh lapisan tulang rawan (cartilage) yang lembut. selalunya cartilage akan bergerak  dengan mudah ke keseluruhan lutut semasa sendi tersebut dibengkokkan. walaubagaimanapun, bagi sesetengah orang, patella akan bergesel hanya pada satu bahagian sendi lutut yang menyebabkan permukaan cartilage rosak dan mendatangkan kesakitan. kesakitan di bahagian dalam atau hadapan lutut ini selalu berlaku pada golongan muda yang aktif bersukan - source : translate sendiri dari WIKIPEDIA

OSTEOCHONDRITIS DESSICANS (OCD)
adalah kekacauan sendi yang menyebabkan rekahan atau keretakan pada cartilage dan tulang subchondral. OCD disebabkan oleh kehilangan darah di tulang subchondral. kehilangan darah ini menyebabkan tulang subchondral mati yang akhirnya mengakibatkan kerosakan cartilage dan menyebabkan keretakan pada cartilage dan tulang. pergerakan sendi pada bahagian yang retak ini menyebabkan kesakitan dan kerosakan yang lebih teruk - source : translate sendiri dari WIKIPEDIA

there are 2 option untuk masalah ni. either Microfracture or Osteochondral Autologous Transplantation (OATS)
MICROFRACTURE
kaedah rawatan merangsang pembentukan tisu rawan di kawasan permukaan sendi yang rosak. dalam prosedur ini, dengan bantuan artroskop, permukaan tulang ditebuk sehingga tembus ke tulang sumsum. sel sumsum akan keluar ke permukaan sendi rosak dan menutup permukaan sendi rosak dengan pembentukan tisu parut rawan. - source Dr. Bazam Abd Rani

OSTEOCHONDRAL AUTOLOGOUS TRANSPLANTATIONS(OATS)
prosedur mambabitkan pemindahan rawan yang diambil daripada permukaan sendi sihat ke permukaan sendi yang rosak rawannya. rawan ini diambil berbentuk silinder kecil bersama sedikit tulang di permukaan sendi yang tidak menampung beban ketika pergerakan, dan dipalamkan ke dalam lubang yang dibentuk pada permukaan sendi rosak - source : Dr. Bazam Abd Rani
 so dalam pukul 5 aku dah masuk dewan bedah. first time pakai baju & cap bedah & org tolak atas katil. aku tak takut sebab aku tau just minor operation but the feeling memang aku tak suka. bila doktor start cucuk tangan aku nak masuk tiub air tu aku dah tak suka.. haha "awak ni kurus sangat, urat awak betul-betul atas tulang. takut saya nak cucuk.." huwaaaaa hasilnya tak pasal-pasal aku kena cucuk 2 kali! sakit lak tu!! tak sukaaaaaaaaa!!!
sebab minor operation je so bius cuma half body. dari pinggang ke bawah je. masa cucuk bius kat tulang belakang tu memang betul-betul sakit! aku kena duduk tegak peluk bantal & tunduk kepala sampai dada. 2-3 minit lepas cucuk terus aku tak rasa apa dah dari pinggang ke bawah. aku decide tak nak tido sebab nak tengok apa ada dalam lutut aku ni.so bila doktor start masuk kamera, aku sendiri nampak macam mana rosaknya cartilage aku. Alhamdulillah tak banyak yang betul-betul rosak. cuma retak memang banyak. the part yang aku selalu sakit tu memang dah koyak & darah tak sampai that's why sakit tiap kali kaki aku bengkok. so doctor decide to do MICROFRACTURE (sila rujuk di atas). buang mana yang dah koyak & tebuk lubang untuk membolehkan darah masuk & heal balik. lebih kurang sejam semua dah settle.
 lepas nurse hantar aku balik bilik, rasa dah tak selesa sangat. bius akan habis lepas 6 jam. rasa bahagian pinggang ke bawah berat sangat. badan menggigil tak benti. 5 lapis selimut nurse bagi aku & air cond trus off but still aku menggigil. nurse cakap effect bius. lepas sejam baru slow gigil tu..  lutut aku dibalut ngan ais untuk kecutkan bangkak. sampai bengkak tu surut baru doktor bole cucuk ubat + darah aku untuk step seterusnya.. berapa lama nak surut bengkak? maybe 3 ari.. huwaaaaaaaa!!
cantik tak kaler kuku i? baru lps pedicure td.. hehe

after 3 days bila bengkak dah surut sket, baru doctor proceed to last step. masukkan darah aku + ubat (dah lupa nama) kat lutut aku. proses ni dinamakan Platlet Rich Plasma.

PLATLET RICH PLASMA (PRP)
PRP therapy offers a promising solution to accelerate healing of tendon injuries and osteoarthritis naturally without subjecting the patient to significant risk. PRP is an emerging treatment in a new health sector known as ”Orthobiologics.” The philosophy is to merge cutting edge technology with the body’s natural ability to heal itself. Blood is made of RBC (Red Blood Cells), WBC (White Blood Cells), Plasma, and Platelets. When in their resting state, platelets look like sea sponges and when activated form branches. Platelets were initially known to be responsible for blood clotting. In the last 20 years we have learned that when activated in the body, platelets release healing proteins called growth factors. There are many growth factors with varying responsibilities, however cumulatively they accelerate tissue and wound healing. Therefore after increasing the baseline concentration of these platelets, we are able to deliver a powerful cocktail of growth factors that can dramatically enhance tissue recovery - source orthohealing.com
tongkat semambu.. heh heh
lepas cucuk, kaki aku bengkak balik so doktor tak bagi balik terus. the next day baru aku bole balik dibekalkan dengan tongkat semambu.. hahaha mula la hari aku kat umah dengan tak buat apa-apa & berjalan guna tongkat dengan penuh sopan santun. thanks a lot to my parents yang ulang alik dari Ipoh & trus stay jaga aku lepas kuar spital. my sis yang merasa naik ambulance & tido spital 1 malam temankan aku. my friends yang datang & call bertanya khabar, thanks a lot. mekaseh jugak kat Dr Bazam yang very soft spoken & datang jenguk aku kat bilik even dah pukul 12 tgh malam (dengan aku yang muka mamai bangun tido & tudung tahapehape.. abes glamer mak nyah..) hehe pengalaman yang kalo bole tak nak dah. sapa yang paling setia teman aku  sepanjang hari duk spital? hahaha
peneman setia sepanjang hari.. oppa!! sarang hae!!