Wednesday 19 December 2012

Ayam Golek Bara Berempah


anda tahu gambar apa kah itu?? sape yang sama species ngan aku? makan ayam hehari pun takpe! haha memang penggemar ayam hardcore lah kiranya.. sangaatttt (tangan di bahu mata ke atas) aku memang penggemar ayam. tapi kalo setakat ayam goreng tak brape cerdik (salut kunyit & garam je) aku tak minat la.. hahaha demanddddd....
so semalam untuk menunjukkan sokongan & memberi semangat pada kawan aku yang baru melantik dirinya sendiri menjadi boss merangkap kuli, aku pun dengan sengaja mengosongkan perut dan menuju ke Bandar Saujana Putra. dia suruh aku datang pukul 2 petang tapi pukul 12 tengah hari aku dah sampai! nasib baik aku sampai awal tau! pukul 2 petang time aku nak balik tu ayam golek tuh dah nak abih! sume dah fully booked! kiranya orang yang lalu lalang & singgah nak beli ayam golek time tu datang ambik bau & telan air liur je la! dasat tul penangan Ayam Golek Bara Berempah!

haaaaaa nampak tuh? selalunya orang lain letak rempah sikit sikit je dalam ayam tu tapi yang ni memang penuh perut ayam dengan rempah! rempah dia memang sedap beb! tak pedas & sedap! menurut kata boss kita nih, resepi rempah ni rahsia keluarga gitewwww... hasil ramuan dari 17 jenis bahan. yang aku nampak & tau aku rasa serai je la kot... haha yang lain lain apa benda nya aku tak tau la sebab aku bukan pandai masak pun. makan & komen pandaiiii!!!!!!!!!!! tapi dengan jujur tulus & telus aku cakap memang ayam ni sedap! (bukan puji sebab dia kawan aku yek!)

kalo datang kat tempat diaorg nih (pakai lori je dulu sebagai permulaan) bole la makan dengan nasik skali. kalo nak bungkus pun bole jugak mintak nasik. kalo setakat nak makan 2 orang baik la korang beli nasik sekali. tak payah susah susah balik umah masak nasik pulak. nanti tak sempat nasik masak, ayam abih dulu.. tak gitu??
pada yang terliur nak cuba bole la datang ke Bandar Saujana Putra. kalo korang ikut PLUS, kuar tol ambik roundabout pukul 9. kalo korang ikut SKVE, kuar tol ambik pukul 3. jalan depan sikit dah nampak lori & banner kat tepi jalan tu. pada yang duk area BSP tu diaorang bole delivery lagik! sebab ayam tu ambik masa lama gak nak masak so kalo korang datang tak betul timing, jangan risau! tak payah tunggu lama lama. tinggal kan alamat & of course duit sekali, dah siap nanti diaorang terus hantar ke depan pintu rumah anda!
kalo korang nak buat majlis pun bole tempah dari diaorang. last week diaorang dah golek 'live' 100 ekor ayam kat kenuri kahwin. untuk permulaan ni cuma bole cover area Selangor, KL, Putrajaya & Negeri Sembilan. kalo nak tengok gambar bole la tengok facebook : Warung Golek Bara
untuk sebarang pertanyaan & tempahan bole la berhubung dengan :
                                En. Zuba : 019-359 2801 / En. Aman : 019-756 2190
lupa lak nak cakap. harga promosi bagi seekor ayam ni RM 18 (sah hingga 31 Disember 2012). start 1 Januari 2013 harga yang telah ditetapkan adalah RM 19 seekor. harga ni kira antara yang murah ye kalo nak compare ngan tempat tempat lain. Kualiti memang bagus. takde la lepas kita abih makan keluar ayat dari mulut " rasa macam ni 19 hengget??" hohohoho InsyaAllah memang korang tak nyesal la beli ayam nih!
aku doakan kawan aku ni berjaya dalam perniagaan ni. apa pun yang kita usahakan, kalo betul niat, doa & cara nya, InsyaAllah rezeki memang Allah dah janji. tinggal kita je yang nak usaha. pada kawan-kawan semua meh la kita sama sama doakan & memberi sokongan pada usaha & keberanian kawan kita nih. 
All the best Zuba & Aman! kalo free aku singgah lagik!
 
Gomapsumnida!

Tuesday 4 December 2012

The Last Blossom

yaaaaaahhhhh!!!! mata pun tak abih sembab lagi nih! aku rasa lepas setengah jam citer ni start, aku pun start nangis.. syahdu betul.. nasib baik aku tengok sorang-sorang so meleleh-leleh air mata pun biar je la. kalo ada orang lain tengok sekali kena cover-cover sket nangis tu. huhuhu
semua orang ada mak tak kira mak kita suri rumah atau bekerja. kadang-kadang kita rasa kita penat sangat or banyak masalah kat tempat kerja tapi kita pikir tak penat mak kita jugak walaupun dia duk umah je? penah tak kita balik umah & tolong mak buat keje? ataupun kita balik umah, makan makanan yang mak sediakan pastu terus tido? bila mak tanya sesuatu, kita cuma jawab sekali lalu tak pandang pun muka dia. macam penat tahap dewa la konon.. penah?
In Hee, isteri kepada Doktor Cheol seorang suri rumah yang mempunyai 2 orang anak (Yeon Soo - perempuan & Jung Soo - lelaki). mak Doktor Cheol menghidap Alzheimer pun tinggal dengan diaorang. semua orang tau menjaga orang yang dah nyanyuk bukan lah benda senang tapi In Hee tetap jaga mak mertua dia first class.
Doktor Cheol sibuk sangat dengan career & tak ambil berat sangat pasal In Hee. bila In Hee mengadu sakit dia cuma suruh gi farmasi beli ubat je. Yeon Soo pulak sibuk dengan kerja & boyfriend dia. Jung Soo baru nak masuk kolej pun sibuk ngan girlfriend & enjoy. masing-masing buat hal sendiri & take for granted apa yang In Hee korbankan.
one day In Hee gi hospital buat check up & masa tu baru tau dia ada Kanser Serviks dah tahap kritikal. Doktor Cheol tak boleh terima & paksa kawan-kawan dia operate buang kanser tu. tapi memang dah tak bole buat apa so tunggu masa je la.. baru la Doktor Cheol menyesal sebab tak pedulikan wife dia selama ni.
bila semua orang tau In Hee dah tak lama hidup & tau jugak selama ni semua orang bergantung pada dia, masing-masing mula bersedia untuk hidup tanpa dia. In Hee mula tulis panduan untuk husband & anak-anak dia especially how to control mak mertua dia yang sakit tu. so even dia dah takde, semua orang akan rasa dia ada bila refer semua panduan yang dia tulis tu.
citer ni kita boleh tengok how penat nya mak buat semua keje kat umah. and how kecewa nya mak bila husband & anak-anak buat hal masing-masing macam apa yang dia buat kat umah tu tak penting. rasa-rasanya kita take mak kita for granted tak? tak kira la sapa pun kita sayang, jangan malu & ego nak mengaku. "sometimes it's too late to show your love" bak kata cite nih. so jangan menyesal kemudian.. spread the love guys!!!
yeeeaaahhhhh!! sebab utama aku beli citer ni?? Ryu Deok Hwan!! i miss him sooooo much!!!! lepas The Great Doctor, dah takde cite dia kat tv so aku pun gi la cari DVD cite-cite yang dia blakon sebelum TGD tu. ada lagi satu cite dia aku beli. The Quiz Show Scandal, tapi tak best sangat so aku pun tak nak la recommend kat korang. tengah cari lagi satu citer thriller dia tapi tak jumpa. kena order online jugak kah?
he can change from childish to matured character but he still cuteeeeeeeeeeeeee!!!!! enjoy this cute face guys!!
 
for those yang nak tgk trailer cite ni & cite lain yang Deok Hwan blakon, bole click kat link bawah nih. enjoice!!!
 
all picture from Asianwiki.com & Google Image.
gomapsumnida!!