Wednesday 19 December 2012

Ayam Golek Bara Berempah


anda tahu gambar apa kah itu?? sape yang sama species ngan aku? makan ayam hehari pun takpe! haha memang penggemar ayam hardcore lah kiranya.. sangaatttt (tangan di bahu mata ke atas) aku memang penggemar ayam. tapi kalo setakat ayam goreng tak brape cerdik (salut kunyit & garam je) aku tak minat la.. hahaha demanddddd....
so semalam untuk menunjukkan sokongan & memberi semangat pada kawan aku yang baru melantik dirinya sendiri menjadi boss merangkap kuli, aku pun dengan sengaja mengosongkan perut dan menuju ke Bandar Saujana Putra. dia suruh aku datang pukul 2 petang tapi pukul 12 tengah hari aku dah sampai! nasib baik aku sampai awal tau! pukul 2 petang time aku nak balik tu ayam golek tuh dah nak abih! sume dah fully booked! kiranya orang yang lalu lalang & singgah nak beli ayam golek time tu datang ambik bau & telan air liur je la! dasat tul penangan Ayam Golek Bara Berempah!

haaaaaa nampak tuh? selalunya orang lain letak rempah sikit sikit je dalam ayam tu tapi yang ni memang penuh perut ayam dengan rempah! rempah dia memang sedap beb! tak pedas & sedap! menurut kata boss kita nih, resepi rempah ni rahsia keluarga gitewwww... hasil ramuan dari 17 jenis bahan. yang aku nampak & tau aku rasa serai je la kot... haha yang lain lain apa benda nya aku tak tau la sebab aku bukan pandai masak pun. makan & komen pandaiiii!!!!!!!!!!! tapi dengan jujur tulus & telus aku cakap memang ayam ni sedap! (bukan puji sebab dia kawan aku yek!)

kalo datang kat tempat diaorg nih (pakai lori je dulu sebagai permulaan) bole la makan dengan nasik skali. kalo nak bungkus pun bole jugak mintak nasik. kalo setakat nak makan 2 orang baik la korang beli nasik sekali. tak payah susah susah balik umah masak nasik pulak. nanti tak sempat nasik masak, ayam abih dulu.. tak gitu??
pada yang terliur nak cuba bole la datang ke Bandar Saujana Putra. kalo korang ikut PLUS, kuar tol ambik roundabout pukul 9. kalo korang ikut SKVE, kuar tol ambik pukul 3. jalan depan sikit dah nampak lori & banner kat tepi jalan tu. pada yang duk area BSP tu diaorang bole delivery lagik! sebab ayam tu ambik masa lama gak nak masak so kalo korang datang tak betul timing, jangan risau! tak payah tunggu lama lama. tinggal kan alamat & of course duit sekali, dah siap nanti diaorang terus hantar ke depan pintu rumah anda!
kalo korang nak buat majlis pun bole tempah dari diaorang. last week diaorang dah golek 'live' 100 ekor ayam kat kenuri kahwin. untuk permulaan ni cuma bole cover area Selangor, KL, Putrajaya & Negeri Sembilan. kalo nak tengok gambar bole la tengok facebook : Warung Golek Bara
untuk sebarang pertanyaan & tempahan bole la berhubung dengan :
                                En. Zuba : 019-359 2801 / En. Aman : 019-756 2190
lupa lak nak cakap. harga promosi bagi seekor ayam ni RM 18 (sah hingga 31 Disember 2012). start 1 Januari 2013 harga yang telah ditetapkan adalah RM 19 seekor. harga ni kira antara yang murah ye kalo nak compare ngan tempat tempat lain. Kualiti memang bagus. takde la lepas kita abih makan keluar ayat dari mulut " rasa macam ni 19 hengget??" hohohoho InsyaAllah memang korang tak nyesal la beli ayam nih!
aku doakan kawan aku ni berjaya dalam perniagaan ni. apa pun yang kita usahakan, kalo betul niat, doa & cara nya, InsyaAllah rezeki memang Allah dah janji. tinggal kita je yang nak usaha. pada kawan-kawan semua meh la kita sama sama doakan & memberi sokongan pada usaha & keberanian kawan kita nih. 
All the best Zuba & Aman! kalo free aku singgah lagik!
 
Gomapsumnida!

No comments: