Monday 5 November 2012

1 DEKAD YANG PALING BERMAKNA..

5 november 2012. genap 10 tahun aku mencari rezeki di MFDM Holdings di bawah syarikat Pelasari Sdn. Bhd. aku pun tak sangka aku akan bertahan selama ini. aku memang takkan lupa aku datang interview dari Ipoh. abah yang bawak. dalam perjalanan ke KL, tayar keta pancit. kesian aku tengok abah tukar tayar, rasa nak suruh patah balik umah je. so aku datang interview lambat. masa tu yang interview aku, Hj. Ibrahim & boss kesayangan aku sekarang : Encik Boss, hehe Encik Mat Ali. aku memang tak confident dapat pun sebab aku bukan budak Akaun. aku cume budak Biasa Biasa Aje (BBA) majoring in Finance. abis interview aku balik Ipoh ngan abah. memang tak harap pun nak dapat..

petang tu jugak Encik Boss call cakap aku dapat keje tu!! yeeehaaaaa!! yang kelakar nya aku tak tau En. Boss aku yang call. aku ingat staf HR yang call so aku bole main-main tanya BERAPA GAJI SAYA? adehhh nasib baik dia tak black list aku. heh heh.. parents aku tak berapa nak bagi sebenarnya.. biasalah kalo bole nak duk Ipoh jugak jangan gi jauh-jauh tapi aku nak jugak-jugak keje sini sebab gaji banyak! haha time tu pada aku memang banyak la gaji tu compared dengan gaji aku keje kat workshop masa tu. haha

so 5 November 2002 secara rasmi dan gabra nya aku menjejakkan kaki ke dalam bangunan MFDM sebagai pekerja. banyak benda baru yang aku belajar. aku belajar, belajar & terus belajar. Kak Gayah ajar aku, En. Boss pun ajar aku. tak pernah sekalipun aku kena marah teruk walaupun aku tak reti or salah buat keje. En. Boss akan terus mengajar & aku pun terus belajar. aku beli buku, tengok balik semua nota-nota masa aku belajar. boss aku cakap tempat aku 'panas'. semua yang duduk situ tak keje lama. so aku nekad. boss akan tengok muka aku sampai pencen! hahaha lagi pun aku suka semua orang sekeliling aku. happy & very healthy environment especially dalam department aku. itu yang penting.
hari demi hari aku semakin didedahkan dengan situasi sebenarnya dalam syarikat. makin lama makin banyak yang aku rasa di luar bidang tugas sepatut nya. tapi sebab boss aku buat, so aku pun dah jadi biasa. tak begitu berkira dalam soal kerja. asalkan ia melibatkan Big Boss, semuanya kitaorang buat. datang office awal, balik lambat dah jadi kebiasaan. tapi semua tu bukan paksaan. aku sendiri suka dengan keje aku. aku ambik peluang tu untuk belajar apa saja yang aku belum tau. apa saja masalah tak kira hal syarikat ataupun hal peribadi Big Boss, semuanya kitaorang settle sedaya upaya.
Bank Book gabak ni pun aku angkut bawak balik umah, nak siapkan keje punya pasal...
apa yang buat aku sayang sangat kat company ni? hehehe kawan-kawan aku. masa aku mula-mula keje tak ramai yang sebaya aku. aku cuma ada Pokcik je lepas bff aku, Shima benti keje. yang lain sume older or younger dari aku.

MFDM Open House 2005 with Pokcik
2003 baru aku tau aku kena keje masa show equestrian sebab itu event subsidiary. so mula tahun 2003 sampai la 2012 bila time show je akan kelihatan la muka aku & En. Boss kat 3Q Equestrian Centre. 2004 aku mula terlibat dalam semua  event company. aku pun tak tau macam mana aku leh terlibat... haha macam aku cakap tadi, tugas aku termasuk yang di luar bidang tugas.. kih kih kih masa ni tak ramai staff yang bujang so geng geng nak enjoy tu tak ramai sangat but we still enjoyyyyy!! hahaha
Omar slimmmmmm jek...
From left : Abang Mi yang slimmmmm lagi, me, Kapt. Hezlin & Mejar Omar
2005 aku dah start main bowling. Kapten Hezlin yang paling terrer masa tu. dia yang banyak ajar & mempengaruhi geng-geng lain untuk sama-sama terjebak dalam baling membaling nih.. tempat latihan masa tu, Cosmic Bowl Mid Valley. ahli-ahli tetap masa tu aku, En. Boss, Pokcik, Kapt. Hezlin, Wak Kadir. KS & KO jarang-jarang. hehe hasilnya agak bagus jugak. kitaorang start tournament dengan MAFCA & bermula la episode asyik CMCA/PSB je yang menang! hahaha
kemenangan pertama sebagai pembuka jalan.. haha

MFDM Open House 2006
2007 makin meriah. bowling team pun makin mengganas. team CMCA/PSB menang lagi dan lagi..
staff makin ramai. Top Management pulak dah bertukar. belanja makin mewah. hahaha time ni meeting & discussion semua kat hotel. best betul! walaupun aku tak berapa suka dengan cara bermewah-mewah ni tapi apa aku bole buat? kan? kan? kan?
budget presentation kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi
tahun ni jugak la buat pertama kali nya setelah bertahun-tahun lamanya, company buat trip ke Pulau Redang, Terengganu. buat pertama kali nya jugak la aku sampai Terengganu! haha semua staff under Group of MFDM join this trip. memang heaven la sume free!

 
first time jugak la open house raya di handle oleh orang baru. maklum la ramai staff baru masuk sume yang terer-terer. first time la jugak dalam sejarah company, open house jadi havoc giler! hmmmm ada guna nya orang lama... jangan anggap orang lama ni semua tak berguna.. tak gitu??
MFDM Open House 2007
antara aktiviti yang paling best kitaorang buat kat office adalah acara makan-makan!! yang ni paling aku suka. selalunya musim raya kitaorang pun buat la open department. masing-masing tunjuk skill Master Chef yang terpendam. memang meriah dengan makanan seh! akak sukeeeeee!!!
tahun ni jugak la berlangsungnya Sukan SEA di Korat. 3Q dapat banyak gak gold medal so Big Boss mintak staff datang KLIA untuk sambut anak-anak dia dengan meriah. selaku staff yang berdedikasi, kitaorang pun naik la bas beramai-ramai menanti kepulangan 3Q di KLIA...
2008 team bowling makin berkembang. geng-geng enjoy makin ramai. masa keje gaduh pun bila jumpa time bowling semua ok.. makin meriah!
time ni lawan dengan sape pun team CMCA/PSB mesti ada yang menang. at least top 5 memang dalam tangan la gitu.. i miss this moment so much.. open house tahun ni diambil alih oleh orang lama balik. semuanya lancar & semua orang lega.. gila kau fobia tahun lepas punya tak abih lagi! hahaha
MFDM Open House 2008
2009 Top Management baru masuk lagi. company agak kucar kacir dengan isu yang bertambah-tambah. bertungkus lumus menyiapkan report nak menyelamatkan company, pukul 2 pagi ada kat office lagi. agak perit tahun ni bagi aku & En. Boss. masa ni boleh nampak mana kawan yang boleh menangis sama-sama & mana yang time ketawa je berdekah-dekah.. lumrah la tu..
tahun ni jugak la geng-geng bowling plan buat tournament 'kita-kita aje'.. kutip yuran & cari hadiah kaw-kaw punya. memang gempak Pin Junction time tu tengok hadiah kitaorang. tournament ni rally 10 game. sampai nak tercabut tangan dah rasanya.. hambik kau!
tengok! tengok! mengalahkan hadiah pro tournment!
hehe saje menyelit kat sini.. satu waktu dulu.. R tu REEN. hehe sekarang tak dapek dor score camni!
MFDM Open House 2009
time ni la dapat begambo ngan retis!
2010 aktiviti kitaorang bertambah lagi. badminton jadi pilihan. masing-masing sibuk cari reket pulak. yang terer dah confirm la terer, yang lain tu memang menceriakan suasana. meriah sungguh court tu! asyik kena kutuk je la..
kih kih kih apa jadi pun posing lagi penting!
aktiviti bowling still bejalan seperti biasa. tournament menang jugak. haha saingan antara kitaorang pun dah makin dahsyat. masing-masing makin improve. aku ni jenuh nak kejar kederat jejaka-jejaka harapan company tu. adehhh...
atlit wanita harapan PSB/CMCA giteewwww...kah kah kah
saje nak letak gambar ni... kah kah kah
tahun ni jugak ada exhibition DSA. company aku join so En. Boss tiba-tiba baik hati bawak aku & Kak Gayah gi melawat. semuanya berkaitan dengan Pertahanan Malaysia.
aktiviti paling best & takkan aku lupa sampai bila-bila, kitaorang gi hiking kat Gunung Irau, Cameron Highlands. first time aku gi hiking. beli kasut hiking pun kat Giant je atas bantuan Zuba & Sham. hasilnya, kasut kitaorang bertiga sama! haha ini memang paling mencabar sepanjang hidup aku & aku rasa sepanjang hidup kawan-kawan aku jugak. pagi-pagi naik gunung tu semua orang ceria & sibuk ambik gambar. bila dah makin tinggi, makin payah, semua orang dah rasa nak balik naik helikopter je! Ya Allah... memang paksa diri je nak turun gunung tu. tak larat sangat dah..
awal-awal memanjat akar ni still bole senyum & posing. baju pun bersih je lagi..
sampai je puncak gunung, semua orang dah lembik especially yang pompuan termasuk la aku. kena turun cepat sebab hari dah makin gelap. bayangkan kitaorang naik lebih kurang dalam pukul 8 pagi & kitaorang sampai bawah balik pukul 7 malam! dah rasa nak terus tidur kat situ je! memang lembik sungguh dah rasanya. kalo nak tengok gambar banyak-banyak leh tengok dalam facebook aku yek! penat tapi memang best! walaupun penat kitaorang cakap tak berhenti sepanjang mendaki tu. gelak tak payah nak cakap la. kecoh giler! ada je bahan! paling aku ingat & sampai sekarang aku gelak bila at one part, kak Azimah dah tak larat so dia duduk masa nak turun tapi dia tergelincir. tetiba si Sham bersuara "Akaaakkkk saya suruh akak duduk je, kenapa akak baring?" aduhhhhh macam nak pecah perut kitaorang!!! ko memang terbaek la Sham!
esoknya meronda Cameron jalan terhencot-hencot. sakit giler satu badan! tapi posing tetap posing! memang happy giler time ni. penat tak tau nak cakap la tapi its so valuable for me.. thank you so much guys!!
MFDM Open House 2010
Syarikat bawah MFDM bertambah lagi. yang pelik nya aku & En. Boss pulak nak kena handle semua. tak pasal-pasal dengan aku sekali kena meredah pasir, meredah kebun sebab nak buat fishing company. aduhhhh... aku yang tak pernah langsung tau pasal ikan air tawar selain makan, kena ambik tau semua benda tu. tak pasal-pasal jadi petani pulak..
ikan Plabuk 20 kg lebih.. giler berat!
2011 company nak buat Annual Dinner celebrate sekali dengan birthday Big Boss. so ada MFDM Sports Tournament untuk semua subsidiary under MFDM. kitaorang terpaksa berpecah group ikut company masing-masing. tapi yang bestnya Badminton PSB menang & Bowling CMCA menang. company lain tengok je la.. hahaha
hehe aku harapkan Shazril je la..
masa annual dinner tu wife Big Boss mintak staff buat peformance. so tak nak menghampakan permintaan, kitaorang pun buat jugak la sedaya mampu. walaupun malu nak naik pentas sebab memang semuanya takde bakat, untuk Big Boss & memeriahkan suasana, kitaorang tebalkan la jugak muka. just ingat enjoy je. masing-masing mengutuk "kekayuan" masing-masing but still did our best & enjoy ourselves.  
lepas dinner tu tetiba terdengar la pulak suara-suara sumbang yang menyatakan kitaorang ni memang suka buat benda-benda macam ni. keje tak nak buat! aduhhhh sakit nya hati... kitaorang bertungkus lumus berlatih lepas waktu pejabat, tebal kan muka menari depan semua orang & mostly yang tengok tu semua ketawakan kitaorang sebab dah macam badut je atas pentas tu.. kau bole mengata kitaorang pulak?? kitaorang bersukan pun lepas keje! apa masalahnya? sedihnya tak tau nak cakap la... frust sangat & memang kitaorang nekad lepas ni apa nak jadi, jadi la! kitaorang takkan buat benda-benda macam ni lagi!
kitaorang jugak buat potluck mothers day celebration untuk semua geng-geng perempuan kitaorang. ada sessi bertukar-tukar hadiah. meriah tau!! siap ada theme colour lagi..
bulan puasa Big Boss buat majlis buka puasa kat masjid. semua staff dijemput hadir tapi tak ramai yang dapat hadir sebab jauh. yang ada muka aku jugak la... Kak Azimah memang wajib ada. hehe
MFDM Open House 2011
2012 tak banyak aktiviti kitaorang. bowling & badminton pun kadang-kadang. semua orang macam suram je. sejak ada Top Management baru semua orang macam tak happy. buat keje pun macam stress je. ada je yang tak kena dengan kerja kitaorang. macam saja nak cari sebab je.. buat makan-makan kat office pun bole jadi isu, so kitaorang celebrate mothers day kat kedai je tahun ni. meriah jugak!
equestrian show tahun ni pun ada isu, pendek kata semuanya nampak tak kena la di mata mereka-mereka yang berkuasa! diaorang ingat kitaorang nak saaaangaaatttt duduk seharian keje kat situ? dengan panas, bau busuk toilet & taik kuda! sabarrrrr je la...
open house tahun ni pun aku tak ambik port sangat. biar la orang bijak pandai handle. mana yang patut tolong, aku tolong. mana yang tak tanya tu, pepandai la sendiri. tapi biasa nya kalo dah Big Boss sayang, buat salah macam mana pun takpe. 
makan-makan raya last untuk aku
genap 10 tahun aku mencurah bakti kat sini. macam-macam perkara dah aku lalui. macam-macam tugas jugak dah aku selesaikan. benda yang di luar bidang tugas pun aku langsaikan. segala macam orang jugak aku jumpa kat sini. semuanya pengalaman yang memang aku takkan lupakan. manusia ni memang hatinya tak terjangka. semalam bermati-matian dia menyatakan kita adalah orang yang paling dia percaya. hari ini belum tentu lagi pemikirannya sama. manusia ni jugak memang tamak. semalam dia kata dapat sikit pun tak apa, janji jalan nya betul & diredhai Allah. hari ini belum tentu lagi pendiriannya sama. aku tidak pernah terlalu berkira atau tidak ikhlas dalam setiap tugasan, cuma aku mengharapkan hargai lah usaha dan jerih perih orang yang membangunkan syarikat. ya benar, pekerja semua dibayar gaji untuk melaksanakan tugas, tapi bukan untuk menghambakan diri pada perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
aku cuma ingin bekerja dengan tenang & happy seperti sebelum ini. itu paling penting. bila terjaga dari tidur di subuh hari, otak terus membayang kan perkara tak seronok yang bakal terjadi dan hati mula  resah memikirkannya, apa guna nya untuk terus berada di sini?

9 hari lagi aku akan meninggalkan syarikat ini & semua kawan-kawan kesayangan ku. agak pelik rasanya. tapi itu kenyataan. aku sendiri memutuskannya setelah berfikir panjang. tanpa mendapat tawaran pekerjaan lain aku nekad berhenti dulu. sudah jelak rasanya untuk melihat muka-muka orang bijak pandai yang memang aku tau tak la sepandai mana! tak apa la..  bumi Allah ini luas. InsyaAllah di mana ada usaha, Allah sentiasa ada membantu. sejujurnya aku memang takut kalau tak dapat kerja lain tapi aku memang dah tak boleh nak membayangkan diri aku di dalam syarikat ini. sebelum prestasi aku menjadi sebab aku dibuang dan memburukkan rekod aku, lebih baik aku berundur. apa yang aku ceritakan dalam post panjang lebar aku ni, lebih banyak berkisar tentang sayang nya dan seronoknya aku berada bersama kawan-kawan ku. terlalu sayang. aku tak tahu adakah aku akan memperoleh kawan yang sama seperti sekarang di tempat baru nanti?

pada semua kawan-kawan yang amat aku sayang, aku menyusun sepuluh jari, merendahkan diri, memohon ampun dan maaf. dalam bekerja kadang kala ada terkasar bahasa hingga menyinggung perasaan. memang aku akui kadang kala aku agak kasar dan tegas. segala yang kita lalui akan jadi kenangan terindah dalam hidup. sama-sama la kita mendoakan sesama kita agar beroleh rezeki yang halal dan lebih baik selepas ini. i'm gonna miss all of you...
meja yang 10 tahun menabur bakti pada aku...
sarang hae & gomapda chinggu!!!

2 comments:

Anonymous said...

Tiada yg lebih indah dari kenangan meskipun manis maupun pahit! Lalui hidup dgn redha dan ikhlas hati...sentiasa bersangka baik meskipun hakikatnya semua tahu namun Allah lagi Maha Mengetahui. Bawalah rindu dan kasih sayang kami selagi hayat bersama kerana tiada yang lebih indah dari rasa kita dan kekitaan. Intailah kami dicelah mukabuku dalam rindu jika sudi....

Anonymous said...

Tiada yg lebih indah dari kenangan meskipun manis maupun pahit! Lalui hidup dgn redha dan ikhlas hati...sentiasa bersangka baik meskipun hakikatnya semua tahu namun Allah lagi Maha Mengetahui. Bawalah rindu dan kasih sayang kami selagi hayat bersama kerana tiada yang lebih indah dari rasa kita dan kekitaan. Intailah kami dicelah mukabuku dalam rindu jika sudi....