Friday 31 August 2012

CHUKAHAEYO!!!

selamat menyambut kemerdekaan ke 55 tahun to all of us!! Alhamdulillah selama aku hidup di bumi Malaysia ni tak pernah lagi aku merasa sengsara peperangan atau bencana alam. Memang aku bersyukur sangat. setakat politik kutuk mengutuk kata mengata tu masih tak menjejaskan kehidupan aku dan rakyat-rakyat yang lain, maka aku tetap bersyukur...

apa aktiviti anda hari ni? berasak-asak mengikuti perarakan secara live kah? sungguh la patriotik dan tahniah kepada anda. chukahaeyo!! jika anda sekadar menonton di kaca tv juga harus diberi pujian. chukahaeyo! berbanding aku yang tidak melihat perarakan di tv apatah lagi secara live! ooohhhhh sungguh ciput sebenarnya semangat merdeka aku...

hmmmmm sejak semalam sebenarnya aku berazam nak mengemaskini blog yang amat menyedihkan ni... huhu kesiannya... jadi seawal 9 pagi aku dah mengadap laptop.. semangat sungguh.. dengan harapan lepas zohor aku bole teruskan hari bersantai aku dengan marathon drama korea yang bersusun dvd nya ni.. hehe

huwaaaaaaaaaaaaa nampaknya aku memang cukup lembab dan lost dengan semua-semua benda remeh blog nih. (aku sorang je la kot yg rasa remeh)... semua yang aku nak ubah serba tak kena serba tak jadi. menciknyaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! sungguh aku ketinggalan dalam benda benda ni... sedihnya... rasa nak tutup je laptop ni dah naik menyampah tgk template blog nih.. aiiiyakkkkk!!!


TETAPI!! dengan semangat konon nya nak aktif menulis blog nih aku pun dengan sedaya upaya try jugak la menggodek apa yang ada dlm benda alah ni dengan kepala otak duk pikir macam mana la org lain punya blog cantekkkkk??? huwaaaaaaaaaaaa!!! nasib baik ada JK oppa temankan, takde la aku meroyan sendiri. oppa, kamsa hae!

lepas seharian aku mengadap benda alah nih, pukul 5 ptg secara rasminya blog aku yang baru make up dah siap.. heh heh.. ini la hasilnya yang tak seberapa sangat. tapi aku suka sebab aku dapat masukkan lagu JK oppa!! kih kih kih... berat... berat...

so aku harap lepas nih ada la masa & benda aku dapat isi dalam nih. kalo tak sia-sia je la masa aku hari nih.. hampeh. jadi marathon drama korea akan diubah pada hari lain nampaknya.

apa pun CHUKAHAEYO!! pada diri aku sendiri sebab bertungkus lumus (org lain sekelip mata je dah siap) menyiapkan blog aku sendiri.. kesiannn...