Showing posts with label korean food. Show all posts
Showing posts with label korean food. Show all posts

Wednesday, 14 November 2012

makanan Korea yang best!

penah nampak ini restoran? hehe first aku tengok restoran ni kat Mid Valley. tapi disebabkan masalah teknikal, aku gi makan kat restoran korea yang lain. tapi dalam hati memang menyimpan impian chewaah! nak gi Mid Valley makan jugak kat restoran nih!
tetiba satu ari tengah cari barang kat One Utama, ternampak restoran nih! wahhhhh... ini sudah bagus! tak payah aku nak gi jejauh ke Mid Valley tuh.
so 2 minggu lepas dengan lutut yang tak berapa nak elok lagi & jalan still tecepot-cepot lagi, aku seperti biasa ditemani adik tersayang dapat jugak mengisi perut dengan makanan korea kat restoran nih. hehehe sukeeeeeeeeessssss sangat!!!

keadaan dalam restoran ni biasa je takde pun menggambarkan ciri-ciri Korea sangat pun. cuma dia duk ulang tayang konsert 2NE1 jek. maybe owner dia minat group nih kot. hehe
sume duk atas kerusi yek, takde space untuk duk bersila macam restoran Korea lain.
menu dia nampak macam menarik. ada set & ada gak ala carte.




rasa nak makan? haha aku order set Bibimbap Beef. pada sape yang tak tau, Bibimbap ni nasi yang digaul dengan sume sayur, daging or ayam & telur. sebelum gaul, tuang sos "gochujang" (macam cili boh la gitu) dalam mangkuk tuh then gaul sebati. makanan sampingan pakej sekali ngan set ni taugeh, kimchi (sedap kimchi dia! pedas!), bayam & sup tauhu (sup pun sedap!)
lepas gaul trus makan panas-panas tuh! sedapnyaaaaaaaa!!! harga set Bibimbap ni RM 17.90 tak termasuk air yek!
ini makanan adik aku. dia order set Bulgogi Beef. Beef tu macam masak black pepper tapi tak pedas. dalam set ni ada nasi, taugeh, kimchi, bayam & sup tauhu jugak. pun sedap gak! daging dia lembut sangat. harga set ni RM 20.90 tak termasuk air.
tak cukup ngan set nasik tu, kitaorang order gak Pa-jeon ataupun pancake. sedap pancake nih! lain sungguh ngan yang aku buat sendiri tu! haha kena cari resepi lain pulak ni. ada udang dalam ni. nanti aku try masak tambah udang lak! hehe pancake nih harga dia RM 10.50 sepinggan.  
me & my sis yang sronok giler dapat makan! haha pada yang nak try tu sila la ke Dubu Dubu Seoul Food kat One Utama or Mid Valley. kat Mid Valley sebaris ngan kedai emas Poh Kong aku rasa. kalo One Utama kat New Wing 2nd floor kot. lupa la. sebelah kedai Wafle Cake kot. tapi so far yang aku penah makan, kat sini memang sedap la.
licin beb.. penuh perut aku! nanti kalo aku gi makan lagi aku update lagi yek! rasa macam nak try mi udon seafood dia lak! ahaks!!
Gomapda! 

Sunday, 16 September 2012

Kimchi Pancake yang tak cantekk..

Selamat Hari Malaysia u ollsss... Semoga kita sama-sama bersatu memelihara negara Malaysia tercinta kita ni. Semalam adalah hari yang agak sibuk jadi hari ni la baru nak story bout semalam.
Semalam adalah hari mengemas umah jadi segala mak nenek yang ada dlm fridge tu mula la tengok balik dah expired ke belum. selalunya banyak yang dah expired! hehehe

bila bukak je fridge tu nampak la lebihan kimchi. nak makan, aku tak rasa nak makan nasi pun so bila check belum expired lagi. apa nak buat yek? then aku teringat kimchi pancake yang selalu aku tengok dalam Family Outing. Jong Kook oppa suka tu! hehe rasanya tak la susah sangat kot nak buat. macam cucor bawang jek lebih kurang caranya.

so grab my ipad and cari balik maangchi.com. best website ni sebab dia tunjuk cara-cara masak sekali. lepas tengok lebih kurang then aku pun mula la misi kimchi pancake for my dinner. pada yang nak try, sorry la aku memang tak reti sangat nak sukat betul-betul. aku main taruh ikut sedap tangan jek! haha cook with your heart gitewwwww... kononnn...

bahan utama of course la kimchi. potong kimchi tu kecik-kecik sikit then ambik lebih kurang 1 cawan. air kimchi tu ambik lebih kurang 3 sudu besar.

bawang besar potong dadu. disebabkan aku tak bole kalo makanan tak pedas so aku pepandai sendiri menambah cili padi. hehe baru best! garam & gula lebih kurang 1/2 sudu kecik.

pastu tepung gandum lebih kurang 1 cawan & air pun 1 cawan. korang agak-agak la jangan sampai cair sangat. kalo dah terlebih air pepandai la tambah tepung yek!

gaul sume bahan tadi then jadi la macam rupa kat atas tu. ingat yek! jangan cair sangat. warna dia akan jadi merah camtu sebab warna kimchi.
 
panaskan minyak dalam kuali (jangan banyak sangat) then ratakan bahan tadi dalam kuali macam lempeng. bila tengok kat belah bawah tu macam dah masak, tebalikkan yang belah atas pulak. kalo korang terror boleh la korang lambung macam chef chef selalu buat tu. itu cara terbaik aku rasa sebab...


kalo tak, pancake korang akan jadi macam ni!! huwaaaaaaaaa!!! buruknya pancake aku!! ni sebab pecah masa tebalikkan pakai senduk... huhuhuhu atau pun korang leh buat kecik kecik je, tak payah la nak penuhkan kuali tu. masak banyak kali. comel comel la sikit kan.. nanti next time aku pun nak buat comel comel je.. learn from xperience kan?
 
pastu bole la korang potong elok elok & hidang kan. kalo korang makan sorang sorang macam aku, ikut suka la nak makan macam mana! hahaha rasa dia agak masam sebab kimchi memang masam tapi ok sebab dah blend ngan gula and cili padi so pada aku, aku suka! haha sila abaikan hair dryer & sunblock dalam gambar tu. (macam mana lak leh benda yang tak sepatutnya ada atas meja makan tu??)

selamat mencuba bagi yang nak cuba & kamsa hamnida pada yang baca! sarang hae!