Sunday 18 November 2012

the bachelor's vegetable store

drama ni based on true story. banyak kali gak aku nangis nengok cite ni. mengisahkan Tae Yang & Tae In adik beradik yatim piatu yang tinggal ngan nenek yang dah tua. as abang, Tae Yang cukup berani, gigih & tak malu buat apa kerja pun untuk tolong nenek & dapatkan duit untuk kehidupan diaorang bertiga. Jin Shim anak yatim piatu yang tinggal kat umah anak-anak yatim adalah kawan baik Tae Yang & selalu sama-sama tolong Tae Yang cari duit. both of them selalu kena ejek kat sekolah sebab miskin. Ga On adalah anak tunggal sorang makcik kaya yang bersembunyi tinggal kat kampung tu. dia kawan baik Jin Shim. satu hari Ga On mati terjatuh kat tempat fun fair masa tengah tunggu Jin Shim. Tae Yang dipersalahkan sebab tak bagitau Jin Shim, Ga On tengah tunggu kat funfair. at the same time rupa-rupanya mak Ga On dah janji ngan bapak Ga On nak bawak Ga On tinggal ngan bapak dia balik as one happy family gitu..
disebabkan mak Ga On tak dapat menerima kenyataan anak dia dah mati, dia pun nak bunuh diri. Jin Shim selamatkan dia & janji untuk sentiasa ada bersama dia. then mak Ga On ni pun nekad tak bagitau husband dia yang Ga On dah mati. dia suruh Jin Shim replace tempat Ga On. Jin Shim ni pun sebab tak penah ada mak & rasa terhutang budi ngan Ga On, terima untuk jadi Ga On.
Ga On, Jin Shim, Tae Yang & Tae In
tapi mak Ga On ni dendam ngan Tae Yang sebab bagi dia Tae Yang yang bunuh Ga On. so dia bagi syarat kat Jin Shim jangan kawan trus ngan Tae Yang. dengan nekadnya mak Ga On ubah terus penampilan Jin Shim & buat tatu tanda lahir Ga On kat tangan Jin Shim sebab tanda lahir tu yang bapak dia ingat lagi. Jin Shim pun dengan rasa terpaksa ikut kehendak mak Ga On & tak cerita apa-apa langsung pada Tae Yang. sampai hari dia tinggalkan kampung tu pun dia tak bagitau Tae Yang. dia cuma jumpa Tae Yang sebelum pergi & Tae Yang pun tak expect apa-apa. Kesian Tae Yang. so mulai hari tu, Jin Shim terus jadi Ga On & tinggalkan Tae Yang kat kampung yang tak tau apa-apa.
setelah berpuluh tahun, takdir temukan diaorang balik secara tak sengaja. Tae Yang tetap dengan impian nak bukak gerai sayur-sayuran & melalui banyak cabaran. tapi dia jadi semakin tabah & tak malu sebab nak capai impian dia. Jin Shim pulak hidup dalam keadaan terkongkong sebab terikat dengan mak Ga On. dia belajar kerja dari bawah sebab sedar dia bukan anak sebenar pemilik syarikat yang gah iaitu bapak Ga On tu. tapi bapak dia sayang giler kat dia & memang tak tau rahsia dia & mak dia. sebab tu dia sentiasa rasa besalah kat bapak dia. Jin Shim & Tae Yang jumpa secara tak sengaja masa sama-sama kerja kat pasar borong. Tae Yang memang tak pernah lupakan Jin Shim & sentiasa harap dapat jumpa Jin Shim tapi even diaorang jadi kawan, dia memang tak tau Ga On tu sebenarnya Jin Shim. Jin Shim pulak memang tak bole declare yang dia tu Jin Shim sebab takut kat mak dia. tapi dia tolong Tae Yang untuk masuk pertandingan cari franchise baru untuk company bapak dia. Tae Yang pulak secara tak sengaja jumpa kawan-kawan baru & terus jadi sahabat sejati yang sama-sama berusaha untuk menang & dapat bukak kedai sayur impian Tae Yang.
bila mak Ga On dapat tau yang Tae Yang menang pertandingan, dia mula buat macam-macam untuk hancurkan kedai tu & hubungan Tae Yang & Jin Shim. cite ni bole jadi motivasi apa pun impian kita, boleh dicapai dengan usaha tanpa putus asa, doa dan sokongan orang-orang sekeliling yang sayang kita. orang-orang yang benci kita pulak akan jadi pembakar semangat. jangan putus harap, sentiasa berdoa dan usaha InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua keperitan.
sebenarnya kan, aku beli cite ni bukan sebab tertarik dengan jalan cerita. sebab utama aku beli cite ni?
lee kwang soo a.k.a giraffe a.k.a kwangvatar a.k.a the betrayer!!! hahaha dia la sebab utama aku bole beli cite nih! seperti biasa, dia memang nampak menyedihkan yet bodoh-bodoh! sukeeeee sangat!!! so sape yang rasa nak tengok bole la cari DVD kat kedai berhampiran anda yek! kalo tak nak beli bole la tunggu cite ni kuar kat Astro OneHD tapi tak tau la bila or ada dalam senarai diaorang or tak.
gomapsumnida!


No comments: