Wednesday 14 November 2012

makanan Korea yang best!

penah nampak ini restoran? hehe first aku tengok restoran ni kat Mid Valley. tapi disebabkan masalah teknikal, aku gi makan kat restoran korea yang lain. tapi dalam hati memang menyimpan impian chewaah! nak gi Mid Valley makan jugak kat restoran nih!
tetiba satu ari tengah cari barang kat One Utama, ternampak restoran nih! wahhhhh... ini sudah bagus! tak payah aku nak gi jejauh ke Mid Valley tuh.
so 2 minggu lepas dengan lutut yang tak berapa nak elok lagi & jalan still tecepot-cepot lagi, aku seperti biasa ditemani adik tersayang dapat jugak mengisi perut dengan makanan korea kat restoran nih. hehehe sukeeeeeeeeessssss sangat!!!

keadaan dalam restoran ni biasa je takde pun menggambarkan ciri-ciri Korea sangat pun. cuma dia duk ulang tayang konsert 2NE1 jek. maybe owner dia minat group nih kot. hehe
sume duk atas kerusi yek, takde space untuk duk bersila macam restoran Korea lain.
menu dia nampak macam menarik. ada set & ada gak ala carte.




rasa nak makan? haha aku order set Bibimbap Beef. pada sape yang tak tau, Bibimbap ni nasi yang digaul dengan sume sayur, daging or ayam & telur. sebelum gaul, tuang sos "gochujang" (macam cili boh la gitu) dalam mangkuk tuh then gaul sebati. makanan sampingan pakej sekali ngan set ni taugeh, kimchi (sedap kimchi dia! pedas!), bayam & sup tauhu (sup pun sedap!)
lepas gaul trus makan panas-panas tuh! sedapnyaaaaaaaa!!! harga set Bibimbap ni RM 17.90 tak termasuk air yek!
ini makanan adik aku. dia order set Bulgogi Beef. Beef tu macam masak black pepper tapi tak pedas. dalam set ni ada nasi, taugeh, kimchi, bayam & sup tauhu jugak. pun sedap gak! daging dia lembut sangat. harga set ni RM 20.90 tak termasuk air.
tak cukup ngan set nasik tu, kitaorang order gak Pa-jeon ataupun pancake. sedap pancake nih! lain sungguh ngan yang aku buat sendiri tu! haha kena cari resepi lain pulak ni. ada udang dalam ni. nanti aku try masak tambah udang lak! hehe pancake nih harga dia RM 10.50 sepinggan.  
me & my sis yang sronok giler dapat makan! haha pada yang nak try tu sila la ke Dubu Dubu Seoul Food kat One Utama or Mid Valley. kat Mid Valley sebaris ngan kedai emas Poh Kong aku rasa. kalo One Utama kat New Wing 2nd floor kot. lupa la. sebelah kedai Wafle Cake kot. tapi so far yang aku penah makan, kat sini memang sedap la.
licin beb.. penuh perut aku! nanti kalo aku gi makan lagi aku update lagi yek! rasa macam nak try mi udon seafood dia lak! ahaks!!
Gomapda! 

1 comment:

Anonymous said...

thu x nk buat gochujang?