Happy New Year u olsssss!! semoga tahun 2012 ni akan menerbitkan lebih banyak kejayaan & kegembiraan untuk kita. 2011 kita tinggalkan dengan penuh kesyukuran kerana dipanjangkan umur kita untuk menikmati ujian & cabaran 2012 pulak.
2011 adalah tahun yang agak perit buat saya. kita hanya merancang tapi Allah menentukan segala-galanya. saya adalah hambaNya yang harus redha menjalani segala ujianNya. sebagai anak, sedaya upaya saya berusaha membahagiakan ibu bapa. sebagai kakak, sehabis baik saya ingin menjadi contoh terbaik buat adik-adik saya. tapi saya perlu redha kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Saya benar-benar bersyukur dalam kekalutan & keperitan ini, keluarga sentiasa ada di sisi. juga teman yang tak jemu-jemu mendengar & memberi keyakinan. Juliana Abd Majid, Allah saja yang mampu membalas segalanya. kerana tiada siapa yang tahu, dia saja tempat saya mencurah segala keperitan yang dirasa. begitu juga Suzana, terima kasih yang tak terhingga.
Segala soalan yang dilontarkan sebaik mungkin saya jawab agar tidak menimbulkan curiga. segala gurauan saya telan sendiri dengan hati yang tak keruan. tabahlah hati... ku tahu dirimu cukup kuat menghadapi semua ini.
Pada semua rakan-rakan yang saya kasihi, segala persoalan anda akan saya noktahkan di sini. saya bukan lagi bergelar isteri & saya telah kembali hidup sendiri. saya cuma mohon agar tidak diungkit atau disoal berkenaan perpisahan ini. sudah pasti perkara ini bukanlah sesuatu yang saya banggakan untuk diumumkan. kerana itu saya mengumpul kekuatan untuk meluahkan segalanya di sini.
Pada rakan-rakan terbaik dalam hidup saya :- Azura, Marshima, Rosnah, Zalina & Atirah, beribu kemaafan saya pohon kerana merahsiakan segalanya, sesungguhnya saya tidak punya kekuatan untuk membuka mulut meluahkan rasa. hingga saat ini peritnya masih terasa.
Pada mak, abah, wan, ana & eta, kalian adalah kekuatan & tujuan hidup saya. saya sentiasa berdoa pada Allah agar segala kemurahan rezeki & kebahagiaan yang Allah limpahkan pada saya turut dilimpahkan pada kalian semua. dan segala kesulitan & kesedihan yang diberi pada saya, tolonglah jauhkan daripada kalian.
Pada semua kaum keluarga & jiran-jiran terdekat yang turut menangis mendengar kisah saya, saya amat terharu & sentiasa berdoa agar tiada anak-anak kalian yang menerima ujian seperti saya.
Selamat tinggal 2011. segala yang berlaku takkan dilupakan. semoga ada hikmah di sebalik dugaan ini. duhai hati, tabahlah.. masih jauh perjalanan hidup, masih banyak liku yang perlu disusuri... perlu cekal.. perlu tabah... perlu sabar... semoga rahmat Allah sentiasa di sisi...
Selamat Datang 2012...
Wednesday, 4 January 2012
Monday, 26 December 2011
Bye bye Korea
huwaaaaaaaaa bangun pagi dah rasa sedih... hari ni last day. esok dah tak jumpa Kevin lagi.. packing beg elok-elok & beg spare untuk masuk barang-barang yang akan dibeli hari ni. huuuuu rasa tak nak balik...
lepas lepak jap kat sungai nih kitaorg gi pulak dataran kat tengah town. betul-betul depan Kyongbok Palace. sape yang tengok City Hunter or Iris or bebarapa lagi drama Korea mesti tau tempat nih.. hehehe
last pose depan hotel
last day ni shopping kat Namdaemun Market. besar giler market ni. ada 6 gate sumenya. apa jadi pun kena habiskan beli souvenier kat sini jugak sebab pasni dah tak gi tempat shopping lagi. so misi terakhir bermula!!
one of the 6 gates
Kevin setia ikut & jadi translator.. hehe
bila dah lapar kitaorg ajak Kevin lunch kat kedai beriani yang Julie jumpa dalam internet. memang niat nak belanja both of them because they were so nice to us. dalam internet kata beriani kat Al Saba Restaurant ni sedap & must try! so here we are! kitaorg bertiga memang order beriani la kan. bila kitaorg degil gak nak belanja Kevin & uncle tu, diaorg pun order beriani gak. Mamat yang amik order tu macam teragak-agak sebab dia cakap org Korea selalu datang makan kat sini tapi tak makan beriani. dia pun suggest la makanan yang selalu org Korea makan tapi Kevin & uncle tu cakap takpe diaorg nak try jugak beriani tu. hahaha so kitaorg sume makan beriani ayam & manggo lassi.
ni la mamat yang amik order tu
macam ni je beriani dia. takde kuah pun.. huhu tapi memang sedap!
i rasa diaorg la org Korea pertama yang makan beriani.. habis lak tuh! hahaha
mamat tu yg suggest amik gambar kat sini. hehe
abih makan jalan-jalan kat area Itaewon tu je sambil tengok-tengok apa yang boleh dibeli lagi. hahaha sempat gak la sambar 2 3 helai t-shirt lagi. sebab i dah addicted to Baklava, i mintak Kevin bawak gi Salam Bakery sebab nak beli Baklava bawak balik KL & makan dlm flight. ohhhhhhhhhhhh i loveeeeee Baklava sooo much!!!!
turkish ice cream. 1st & last ice cream yg kitaorg makan kat Seoul ni
ohhhhhhh Baklava!!!!
shopping dah settle, perut pun dah kenyang so kitaorg ke Namsangol Hanok Village. ni perkampungan orang-orang suci or bangsawan (Noble Man). sekarang dah takde la orang-orang nih. tapi honestly i memang suka la tengok keadaan or susun atur rumah diaorg nih. macam teratur sangat... so neat..
tempat hantu-hantu makan. lebih kurang hungry ghost kot kalo kat sini
ni namanya CHIMNI. tempat diaorg bakar kayu api untuk panaskan umah. sekarang nih pakai heater jek..
ni la uncle driver kitaorg. tak banyak cakap but nice!
habih jalan-jalan kat sini tak tau nak gi mana dah. masa ada lagi so Kevin ajak round tengah bandar Seoul. tengok sungai tengah-tengah town. ada macam perigi kat sungai ni. kepercayaan diaorg sape dapat baling syiling kat tengah-tengah perigi tu impian or wish dia akan tercapai. Wallahualam. kitaorg tak try pun. daripada i baling syiling tu baik i beli air coke doh! ramai org melepak kat sini. nice place!
belakang i tu King Sejong. dia yang implement tulisan Korea
yang ni pulak Laksamana Yi Sunshih. dia ketua kapal perang Korea masa dulu
sempat gak beli DVD The Man From No Where. beria Kevin promote cite nih.memang best pun!
time to balik!!!! huwaaaaaaaaaa!!!
finally.... kena balik dah... huwaaaaaaaaaaa sedihnya rasa nak tinggalkan Korea. memang best kat sini. walaupun communication & makanan memang payah giler. tapi memang best! hahaha kalo gi cuti memang la best dohh! rasa nak datang lagi.. nak duk sini terus bole? hehehe hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.. i miss nasik lemak, teh tarik, roti canai & banyak lagi! & of course my family too!
tapi i memang rasa nak duk Korea la...
K Pop Day 6
We're at Seoul again! Miss everything here especially Kevin.. hehehe hari ni hari shopping!!!!! excited sungguh! hari ni pun tak hujan. alhamdulillah kalau tak susah la nak shopping. hari ni we decided to shopping kat Dongdaemon Market. ada banyak shopping complex & kedai-kedai souvenier kat sini. masing-masing dah ada list nak beli souvenier untuk sape. hahaha i love this part but sometimes hate it sebab sometimes kita rasa kita dah beli untuk semua tapi rupa-rupanya ada jugak yang tertinggal!
kiri kanan kedai.. ohhhhhh... biru mata hitamku!!
cari topi utk i gi kebun.. hehe
lunch time!! Kevin kata dia bawak kitaorg makan kat restoran halal. travel agen yang book kan untuk kitaorg. confirm takde pork. so kitaorg ikut je la. rupan-rupanya restoran India! adehhhh... memang la takde pork tapi... Ya Allah... tawakkal je la..
roti nan & nasik
then sambung jalan lagi. Doota Complex
kat Myeondong ni ada office tourist information. Kevin bawak kitaorg kat sini sebab leh pakai Hanbok & tangkap gambar free. ooohhhhhhsemmmmm!!! tapi Mek Sue je la yang macam Perempuan Korea Terakhir... hahaha
matching kan tudung ngan baju?? hehehe
kat sini belambak-lambak kedai alat solek & penjagaan muka. macam kat jalan TAR la belambak-lambak kedai tudung. tapi i tak beli satu pun barang muka ni.. hehehe kat Malaysia pun banyak kan? kan? jalan punya jalan dah nak petang. so singgah masjid kat Itaewon solat dulu.
pas solat terus dinner kat Usmania Restaurant. i tak ingat restoran ni travel agent yang book or kitaorg yang request. Kevin ikut je. nasi goreng cina dia tak berapa best tapi bole la... huhuhu
lepas dinner sambung balik shopping. huh memang seharian hari ni mencari souvenier. badan dah penat sangat tapi banyak lagi yang belum beli!! huhuhu
borong fridge magnet kat sini.
mamat ni siap panggil i tangkap gambo diaorg.. klakar!
dah! dah! balik!
dah jenuh seharian merayap mencari souvenier tapi ada lagi yang tak dapat. kalau ikutkan kedai kat sini tutup lambat tapi kitaorg memang dah penat giler. rasanya Kevin pun dah penat. kesian dia ikut je hala mana kitaorg pegi. yang kitaorg lak kalo bole sume kedai nak masuk! teruk betul.. so decide balik rehat dulu. esok pagi-pagi sambung lagi shopping. macam mana pun esok kena settle sume sebab esok last day!!!! huwaaaaa sedihnya nak tinggalkan Seoul!!!
balik hotel terus mandi then pack up sume barang-barang. hahahaha beg tak muat!!! aduhhhh jenuh adjust balik sume barang dalam beg. esok nak beli barang lagi! mana nak letak?? hahahaha tido dulu la esok pikir! nite!
K Pop Day 5
yeayyyy!!!! hari ni tak hujan!! Alhamdulillah.. so hari ni packing barang balik sebab petang nak pulang ke pangkuan abang Kevin!!! hahaha hampeh! Alhamdulillah memang lucky hari ni cuaca best sebab hari ni hari melawat mukabumi amazing yang ada kat Pulau Jeju ni. hehehe
mulakan hari anda dengan ceria!!
tempat pertama hari ni Dragon Head Rock. kat sini just laut biasa but ada larva formation yang membentuk macam kepala naga.tapi angin dia memang kuat dohhh..
tuuu... ada nampak macam kepala naga tak?? i tak nampak pun..
peminat kitaorg lagi
another beach we passed by
kuat giler angin kat sini
balik dari pantai gi Kimyoung Maze Park pulak. ni ala-ala jalan sesat. kena cari jalan sampai jumpa menara loceng then jumpa la jalan keluar. agak nak sesat jugak mula-mula tp at last dapat jugak naik menara!
ni pandangan dari atas jalan sesat nih yang putih tengah-tengah tu menara loceng
rasa macam PACMAN pun ada.. hehe
haha kan jumpa menara jugak!
lepas masuk hutan sesat kitaorg panjat gunung berapi pulak.. hehe Jeju Volcanic Island Lava Tubes
we supposed to climb like them till top of the mountain
then kitaorg akan nampak pemandangan ni
tapi apa yg kitaorg buat? hahaha
sume org sibuk memanjat kitaorg sibuk posing.. haha
panjat setengah je sebab nak posing nampak laut.. hehe
lepas habis tangkap gambar & panjat setengah gunung kitaorg gerak ke Seongup Folk Village pulak. ini perkampungan org dulu-dulu. dlm 15 minit je kot kat sini. tak ada apa sangat nak tengok pun.
rumah kampung dulu-dulu
our last place to visit is Mysterious Road. jalan ni misteri sebab jalan ni sebenarnya naik bukit. bila kita sampai kat puncak bukit tu, ada one part of the road tu macam ada graviti. even kita mati enjin kereta, kereta akan terus naik bukit tu. bila kita golek botol air pun, kalo ikut logik botol tu akan roll ke bawah bukit tapi at this spot botol tu roll naik bukit! memang misteri. sampai sekarang macam-macam kajian diaorg buat but still tak dapat jawapan kenapa macam ada magnet kat spot tu. hahaha kalo dah dapat jawapan takde la misteri lagi kan? kan?
ini lah uncle tourist guide kitaorg kat Jeju
hari ni birthday wife uncle tu so dia nak balik cepat. so dia pun hantar la kitaorg ke Jeju Airport untuk balik Seoul.
excited nak jumpa Kevin balik! haha
punya la boring tunggu dekat 4 jam kat sini. nak beli makanan tak berani pulak.. huhu
bye Jeju!
kitaorg sampai Seoul dalam kul 10.30 malam & Kevin & pakcik driver dah siap menunggu. check in hotel yang agen booked tapi bila masuk bilik tu... huuuuuuu.... menakutkan... macam tak selamat je bilik tu. dah la lampu malap sangat pastu condition bilik tu pun macam tak selesa. Kevin tak puas hati so dia mintak balik duit kat reception tu & nak cari hotel lain. reception tu tak bagi so Kevin gaduh ngan org tu. pastu dia siap panggil uncle driver tu gaduh skali! hahaha at last kitaorg dapat balik duit & malam tu round Seoul cari hotel! at last jumpa gak Hotel Noblesse & Merdian kat area Dongdaemun. badan dah penat sangat so mandi cepat-cepat pastu tidooo!!!! nite olssss!!
Subscribe to:
Posts (Atom)











