CHONDROMALACIA PATELLA (CMP)
terjadi disebabkan kerengsaan yang berlaku di bawah tempurung lutut (patella). bahagian bawah patella dilindungi oleh lapisan tulang rawan (cartilage) yang lembut. selalunya cartilage akan bergerak dengan mudah ke keseluruhan lutut semasa sendi tersebut dibengkokkan. walaubagaimanapun, bagi sesetengah orang, patella akan bergesel hanya pada satu bahagian sendi lutut yang menyebabkan permukaan cartilage rosak dan mendatangkan kesakitan. kesakitan di bahagian dalam atau hadapan lutut ini selalu berlaku pada golongan muda yang aktif bersukan - source : translate sendiri dari WIKIPEDIA
OSTEOCHONDRITIS DESSICANS (OCD)
adalah kekacauan sendi yang menyebabkan rekahan atau keretakan pada cartilage dan tulang subchondral. OCD disebabkan oleh kehilangan darah di tulang subchondral. kehilangan darah ini menyebabkan tulang subchondral mati yang akhirnya mengakibatkan kerosakan cartilage dan menyebabkan keretakan pada cartilage dan tulang. pergerakan sendi pada bahagian yang retak ini menyebabkan kesakitan dan kerosakan yang lebih teruk - source : translate sendiri dari WIKIPEDIA
there are 2 option untuk masalah ni. either Microfracture or Osteochondral Autologous Transplantation (OATS)
MICROFRACTURE
kaedah rawatan merangsang pembentukan tisu rawan di kawasan permukaan sendi yang rosak. dalam prosedur ini, dengan bantuan artroskop, permukaan tulang ditebuk sehingga tembus ke tulang sumsum. sel sumsum akan keluar ke permukaan sendi rosak dan menutup permukaan sendi rosak dengan pembentukan tisu parut rawan. - source Dr. Bazam Abd Rani
OSTEOCHONDRAL AUTOLOGOUS TRANSPLANTATIONS(OATS)
prosedur mambabitkan pemindahan rawan yang diambil daripada permukaan sendi sihat ke permukaan sendi yang rosak rawannya. rawan ini diambil berbentuk silinder kecil bersama sedikit tulang di permukaan sendi yang tidak menampung beban ketika pergerakan, dan dipalamkan ke dalam lubang yang dibentuk pada permukaan sendi rosak - source : Dr. Bazam Abd Rani

sebab minor operation je so bius cuma half body. dari pinggang ke bawah je. masa cucuk bius kat tulang belakang tu memang betul-betul sakit! aku kena duduk tegak peluk bantal & tunduk kepala sampai dada. 2-3 minit lepas cucuk terus aku tak rasa apa dah dari pinggang ke bawah. aku decide tak nak tido sebab nak tengok apa ada dalam lutut aku ni.so bila doktor start masuk kamera, aku sendiri nampak macam mana rosaknya cartilage aku. Alhamdulillah tak banyak yang betul-betul rosak. cuma retak memang banyak. the part yang aku selalu sakit tu memang dah koyak & darah tak sampai that's why sakit tiap kali kaki aku bengkok. so doctor decide to do MICROFRACTURE (sila rujuk di atas). buang mana yang dah koyak & tebuk lubang untuk membolehkan darah masuk & heal balik. lebih kurang sejam semua dah settle. 

lepas nurse hantar aku balik bilik, rasa dah tak selesa sangat. bius akan habis lepas 6 jam. rasa bahagian pinggang ke bawah berat sangat. badan menggigil tak benti. 5 lapis selimut nurse bagi aku & air cond trus off but still aku menggigil. nurse cakap effect bius. lepas sejam baru slow gigil tu.. lutut aku dibalut ngan ais untuk kecutkan bangkak. sampai bengkak tu surut baru doktor bole cucuk ubat + darah aku untuk step seterusnya.. berapa lama nak surut bengkak? maybe 3 ari.. huwaaaaaaaa!!
after 3 days bila bengkak dah surut sket, baru doctor proceed to last step. masukkan darah aku + ubat (dah lupa nama) kat lutut aku. proses ni dinamakan Platlet Rich Plasma.
PLATLET RICH PLASMA (PRP)
PRP therapy offers a promising solution to accelerate healing of tendon injuries and osteoarthritis naturally without subjecting the patient to significant risk. PRP is an emerging treatment in a new health sector known as ”Orthobiologics.” The philosophy is to merge cutting edge technology with the body’s natural ability to heal itself. Blood is made of RBC (Red Blood Cells), WBC (White Blood Cells), Plasma, and Platelets. When in their resting state, platelets look like sea sponges and when activated form branches. Platelets were initially known to be responsible for blood clotting. In the last 20 years we have learned that when activated in the body, platelets release healing proteins called growth factors. There are many growth factors with varying responsibilities, however cumulatively they accelerate tissue and wound healing. Therefore after increasing the baseline concentration of these platelets, we are able to deliver a powerful cocktail of growth factors that can dramatically enhance tissue recovery - source orthohealing.com
lepas cucuk, kaki aku bengkak balik so doktor tak bagi balik terus. the next day baru aku bole balik dibekalkan dengan tongkat semambu.. hahaha mula la hari aku kat umah dengan tak buat apa-apa & berjalan guna tongkat dengan penuh sopan santun. thanks a lot to my parents yang ulang alik dari Ipoh & trus stay jaga aku lepas kuar spital. my sis yang merasa naik ambulance & tido spital 1 malam temankan aku. my friends yang datang & call bertanya khabar, thanks a lot. mekaseh jugak kat Dr Bazam yang very soft spoken & datang jenguk aku kat bilik even dah pukul 12 tgh malam (dengan aku yang muka mamai bangun tido & tudung tahapehape.. abes glamer mak nyah..) hehe pengalaman yang kalo bole tak nak dah. sapa yang paling setia teman aku sepanjang hari duk spital? hahaha
![]() |
peneman setia sepanjang hari.. oppa!! sarang hae!! |
No comments:
Post a Comment