pukul 8 pagi pakcik guide datang ambik. kat sini kitaorg naik keta je... huhuhu miss van kitaorg kat Seoul.. so aktiviti hari ni first gi tengok teater dulu. hahaha teater berkuda akrobatik. teater ni pasal permusuhan & perebutan kuasa & awek oleh 2 puak . cenggitu la gamaknya citer dia. sepatah haram pun tak paham!! hahaha takde english subtittle lak tuh! kitaorg nengok aksi akrobatik diaorg je la.. but tetap best tengok diaorg naik kuda tonggang tebalik. hahaha
ramai betul audiens! tapi mcm makcik-makcik pakcik-pakcik je ramai
ni time perang la ni
pelakon nya yg hensem.. heh heh
habis teater tuh kitaorg gi Miniature Theme Park pulak. kat sini sume bangunan seluruh dunia yg famous ada. tapi kitaorg tak round habis jugak sebab nak cepat tengok sarkis pulak. hujan makin lebat lak tuh. tapi still begambar jugak! i siap balut kamera dengan plastic bag lagi! kelakar sungguh!! macam bengong jek tapi ada aku kesah??? hahahaha bukannya kenal org kat sini pun!! kan? kan? kan?
karakter kartun & org famous pun ada kat sini
my favourite
i dah sampai Paris u olssss
egypt pun i dah sampai
habis mengembara ke serata dunia, kitaorg balik ke Jeju. hehehe dalam hujan-hujan tu terus ke Jeju Circus World pulak nak nengok circus. pakcik tu beria-ia suruh kitaorg tengok jugak circus ni. padahal takde dalam list pun. layan je la... macam sarkis biasa la ada akrobatik, naik beskal tinggi sambil lambung-lambung piring pakai kaki, huh dasat tul! lipat-lipat badan, naik motor dalam sangkar dan sebagainya. best jugak! patut la pakcik ni beria promote.
kitaorg je orang Melayu dalam ni. hehe
budak nih wat akrobatik lipat-lipat badan tuh. dasat tul..
keluar dari circus tu still hujan lagi. next destination is ladang teh O'Sulloc. otw ke ladang teh ni pakcik tu banyak kali ajak kitaorg lunch. tapi kitaorg tak nak. kitaorg makan oatbar & roti yg beli kat Itaewon je. tak berani nak makan sebab pakcik ni tak tau HALAL tu apa! bahaya wooooooo...
ni tempat plastik sarung payung basah kat depan pintu masuk muzium teh.. ohhhhsemmmm!!
aneka cawan minum teh
macam-macam produk dari teh
keluar dari muzium teh ni pun ujan tak benti lagi..
nak gak posing!! macam la kat cameron highland takde..
abih posing kat ladang teh sambung lagi journey. TEDDY BEAR MUSEUM pulak. macam-macam teddy bear ada kat sini. siap ada revousi teddy bear dari tahun 1951 sampai la sekarang. sungguh la cute..
teddy bear wedding Puteri Diana & Putera William
teddy bear paling mahal sebab?? dia pakai baju LV dohhhh.. kau adooo??
kalo la aku leh bawak balik teddy bear nih... ohhhhhsemmmmmm!!!!
so ini saje for today journey. balik hotel makan maggi then tido!! hahaha niceeeee...
No comments:
Post a Comment